Wednesday 4 September 2024

APABILA KEMAHUAN SEIRING USAHA

 
Membaca coretan ringkas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, Mohd Khairul Bahri Ismail tentang kejayaan pelajarnya merangkul pingat emas acara lompat jauh kategori 15 lelaki di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSSD) Gua Musang.
 
Kejayaan pelajar SMK Panggung Jaya itu bukan setakat merangkul pingat emas, tetapi juga memecah rekod kejohanan.
 
Ironinya, kejayaan itu mungkin lebih hebat dan rekod yang lebih baik jika pelajar itu dapat berlatih dengan sistematik dan tunjuk ajar daripada jurulatih berpengalaman.
 
Tidak ada penjelasan atau cerita tentang bagaimana pelajar itu berlatih, tetapi dimaklumkan bahawa di SMK Panggung Jaya tidak ada trak atau tempat untuk acara lompat jauh.
 
Ketika Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Panggung Jaya 2024 dan tahun-tahun sebelumnya, acara lompat jauh tidak dipertandingkan kerana tidak ada tempat.
 
Tidak pasti pula bagaimana pemilihan peserta dibuat untuk mewakili SMK Panggung Jaya sedangkan acara itu tidak dipertandingkan di peringkat sekolah.
 
Dan, tidak tahu juga bagaimana peserta itu berlatih sebelum menyertai kejohanan peringkat daerah. Mungkinkah dia hanya berlatih secara teori sahaja dan hanya melakukan secara fizikal pada masa pertandingan?
 
Betulah, apabila kemahuan seiring usaha, kekurangan bukan menjadi batu penghalang.

No comments:

Post a Comment