Friday, 11 April 2025

PERKHIDMATAN KERETA API MRT

 
Perkhidmatan kereta api Mass Rapid Transit adalah perkhidmatan kereta api henti-henti yang beroperasi di Lembah Kelang. Ia dikendalikan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp). Terdapat dua laluan MRT iaitu MRT Laluan Kajang dan MRT Laluan Putrajaya.
 
MRT Laluan Kajang bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang. Laluan sepanjang 51 kilometer ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk MRT Laluan Kajang adalah setiap 5 minit waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.
 
MRT Laluan Putrajaya bermula di Kawasan Damansara dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Putrajaya. Laluan sepanjang 57.7 kilometer ini mempunyai 36 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk MRT Laluan Putrajaya adalah setiap 5 minit waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.

No comments:

Post a Comment