Bulan
Rejab salah satu 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharam,
Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan haram merupakan bulan mulia. Namun terdapat
banyak hadis palsu berkaitan keistimewaan bulan Rejab.
Antara
kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan hadis palsu
ialah:
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan
seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang
pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu
al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii.
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan
umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang
dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin
Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang
tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala
zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang
dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat
Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv.
Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala
berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu
neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga.
Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh
keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan
diazab.
Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang
Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh
seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong
iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan
berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya
direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v.
Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu
dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat
dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah
kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor
hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn
bin Ibrahim.
Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika
bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada
bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu
tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang
tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
vii.
Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini
palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis
sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.
No comments:
Post a Comment