Monday 26 December 2022

PERIBAHASA BELUT PULANG KE LUMPUR

 
Maksud peribahasa belut pulang ke lumpur ialah pulang ke tempat asal. Peribahasa itu berdasarkan kepada pemerhatian orang dahulu tentang sifat belut yang suka tinggal di kawasan lumpur atau kawasan air cetek yang ada rumput dan semak.
 
Tabiat belut tinggal di kawasan berkenaan sesuai dengan cara pemakanan yang menjadikan haiwan kecil sebagai sumber makanan. Belut termasuk dalam kumpulan haiwan pemangsa.
 
Jika peribahasa itu ditambah perkataan ‘bagai’ menjadi bagai belut pulang ke lumpur, ia bermaksud selepas pulang ke tempat asal, tidak mahu pergi lagi ke tempat lain dan ingin kekal di tempat asal.
 
Hidup di tempat asal dirasakan lebih baik berbanding tempat lain.

No comments:

Post a Comment