Iban
adalah suku kaum peribumi yang terbesar di Sarawak. Suku kaum Iban terdapat di
semua bahagian di Sarawak, terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan
Kuching.
Lebih
50 peratus penduduk Sarawak adalah Iban yang juga dikenali sebagai Dayak
Laut. Kaum Iban merupakan yang keempat terbesar di Malaysia selepas
Melayu, Cina dan India.
Suku
kaum Iban merupakan salah satu suku bangsa Dayak Borneo. Nenek moyang mereka
dikatakan berasal berasal dari wilayah Yunnan China di mana mereka berhijrah ke
Taiwan, Filipina dan Borneo yang merangkumi Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan.
Iban
adalah bangsa tertua di Sarawak Borneo dan juga dipercayai tertua di Asia
Tenggara. Ini berdasarkan bukti penemuan tengkorak purba di Gua Niah Sarawak
yang disahkan mirip dan sama dengan DNA tengkorak Iban yang berusia 40,000
tahun SM hingga 65,000 tahun SM yang diambil dari perkuburan Iban lama di
sebuah rumah panjang Iban.
Panggilan
Dayak Laut kepada Iban adalah kerana keberadaan orang Iban di lautan pada kurun
ke 17 hingga ke 19 di lautan China Selatan. Tradisi kayau di lautan atau
tradisi memenggal kepala musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan
pedagang asing ke Pulau Borneo hingga tercatat di dalam sejarah maritim bangsa
Eropah sebagai "Vikings of Eastern Sea "dan "King of Sea
Borneo".
Iban
tinggal di rumah panjang dipanggil Rumah Panjai. Kebanyakan umah panjang Iban
pada masa sekarang dilengkapi dengan kemudahan moden seperti bekalan elektrik
dan air dan kemudahan lain seperti jalan raya, talian telefon dan internet.
Amalan
cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang,
tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat
antara satu sama lain.
Kebanyakan
masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan
hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan
ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Golongan
muda Iban kini banyak berhijrah ke bandar besar dan berjaya dalam bidang
kerjaya masing-masing.
Gambar: Sumber dari internet.
No comments:
Post a Comment