
Buah gajus juga dikenali ketereh,
janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar dan jambu terung. Perbezaan
nama itu berdasarkan panggilan di tempat yang berbeza.
Di Kelantan terdapat tempat
yang dinamakan Ketereh.
Buah gajus semasa muda
berwarna hijau bertukar menjadi merah atau kuning mengikut jenisnya apabia
telah masak. Jenis berwarna merah dikatakan rasanya lebih sedap.
Keunikan dan kelainan buah
gajus berbanding buah-buah lain ialah bijinya berada di luar buah.
Buah atau isi gajus yang
boleh dimakan mentah mahupun dibuat sayur. Buah gajus lembut dan banyak
mempunyai air. Rasanya kelat manis.
Memandangkan rasanya kelat
manis, buah gajus amat sedap jika dimakan dengan pencicih. Tidak kisahlah
menggunakan campuran gula, garam dan kicap atau campuran bahan lain mengikut
citarasa masing-masing.
Buahnya boleh dibuat jus dan
diminum untuk merawat sakit kerongkong, penyakit kulit, melegakan muntah dan
menghalang keguguran rambut.
Selain dibuat jus, buahnya
juga boleh direbus untuk mendapatkan air rebusannya.
Buahnya secara saintifik
mampu bertindak sebagai agen antikulat dan antibakteria.
Buahnya juga secara
saintifik bertindak sebagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan
penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
Biji kacang gajus popular di
negara kita sebagai snek mahupun dicampurkan dalam pembuatan kek dan biskut.
No comments:
Post a Comment