Thursday, 1 July 2021

EBIT LEW DIANUGERAH DUTA MUHIBBAH PALESTIN

Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang.

Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

Mereka menyambut dan melayan dengan sangat. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja.

Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang. Saya bersetuju bekerjasama dengan kementerian luar projek - cultural Exhibition of heroism and Sacrifice.

Demi maslahat anak muda remaja di sana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga dah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid.

Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban.

FB Ebit Lew

 

No comments:

Post a Comment