Pokok
tikar seladang atau juga dikenali kesidang merupakan sejenis tumbuhan
dari keluarga Apocynaceae. Pokok kesidang juga dikenali nama pokok bunga kerak
nasi dan tikam seladang.
Tumbuhan
yang dipercayai berasal dari kepulauan Jawa ini merupakan sejenis tumbuhan
memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah
lentur.
Sifat
batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi
pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman.
Walaupun
ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun.
Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.
Pokok
kesidang ditanam kerana bunganya. Bunganya yang berwarna putih mempunyai
saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan.
Ia
juga dipanggil bunga kerak nasi kerana bau jika diamati seolah-olah menyerupai
bau nasi.
Bunganya
kecil tersusun membentuk jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini
menyebabkan ia juga digunakan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah
dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang
lain.
Masyarakat
melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut
anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti
tepak sirih.
Bunga
kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat Melayu. Ia juga melambangkan
kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu.
Kerana itu juga Ia telah
dijadikan bunga rasmi bagi negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian
adat istiadat dan budaya.
Tambahan
pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan sentiasa
meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari bunga ini.
Kebanyakan
tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun
sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan
biji benih.
Satu
kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga
menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda
berat, contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.
Setelah akar
tumbuh, bahagian yang telah bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat
lain. Kaedah ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk
membiakkan tumbuhan memanjat.
Penjagaan
Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak
memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Ia memerlukan cahaya matahari yang
secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum.
Walaupun
begitu , ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu
terik sehingga daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam di tempat
yang mendapat lebih kurang 50% cahaya matahari.
Tumbuhan
ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram dua kali sehari pada
hari-hari yang panas terik. Ia memerlukan medium yang memberikan saliran yang
baik.
Berikan
baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan
untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk
memastikan tunas baharu yang mampu menerbitkan bunga baharu tumbuh.
Berikan
sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya
jika anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat.
Jika tidak, pastikan
pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang
dan rimbun.
No comments:
Post a Comment