Kangkung
sayur hebat. Tidak kira kemarau ataupun banjir, kangkung boleh hidup dengan
subur. Hebatnya, kebaikan khasiat kangkung dapat cegah pelbagai jenis penyakit.
Kos murah, tetapi khasiat, manfaat dan faedah besar.
Kangkung boleh dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng, dicelor, digulai
dan apa-apa lagi. Kangkung memang elok ditanam sebagai satu sumber
sayur-sayuran serbaguna. Sebab itu ada yang menggelarkan kangkung sebagai raja
sayur-sayuran.
Kangkung
adalah sayuran utama ketika Perang Dunia Kedua terutamanya di negara China. Ketika
itu bekalan makanan terputus.
Kangkung
adalah tanaman yang mudah tumbuh dan cepat dituai. Ia telah
menyelamatkan ramai orang dari maut akibat kebuluran.
Kangkung
adalah tumbuhan yang cepat tumbuh. Kangkung hanya mengambil masa 3-4 minggu
untuk menjadi kangkung yang dapat dimanfaatkan serta dimakan oleh
manusia.
Bukan
saja manusia, arnab serta kambing juga suka makan kangkung. Malah kangkung
kerap dikaitkan dengan kura-kura yang menjadikan haiwan itu usia panjang.
Kangkung
mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun,
sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm.
Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus mengikut spesis sama ada kangkung
darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang
dan batang menegak pada pangkal daun.
Selalunya
kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi petanda
masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar.
Hampir
keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkung tua mempunyai
serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari.
Ia boleh dimakan mentah
(seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkung sering digoreng. Rempah
dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.
Antara
masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.
Kangkung
atau ipomoea reptans terdiri dari dua varietas, yakni kangkung darat yang
disebut kangkung cina dan kangkung air yang tumbuh di sawah atau parit.
Perbedaan antara kangkung darat dan kangkung air terletak pada warna bunga.
Kangkung air berbunga putih kemerah-merahan, sedangkan kangkung darat berbunga
putih bersih.
Perbezaan lainnya terletak pada bentuk daun dan batang. Kangkung air berbatang
dan berdaun lebih besar dibandingkan kangkung darat. Warna batangnya juga
berbeza. Kangkung air berbatang hijau, sedangkan kangkung darat berbatang putih
kehijau-hijauan.
Selain itu, kangkung darat lebih banyak bijinya daripada kangkung air. Itulah
sebabnya kangkung darat dibiarkkan menggunakan biji, sedangkan kangkung air
disemai menggunakan pucuk batang.
No comments:
Post a Comment