Perkataan
doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan ‘nama terbitan’ (masdar) dari kata
kerja (perbuatan) ‘Da’aa, yang secara etimologinya (bahasa) bererti ‘seruan’,
panggilan, ajakan atau permintaan.
Jika
ditinjau dari segi terminologi (pengertian syara), doa adalah ‘memohon kepada
Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan
penuh pengharapan.
Doa
merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan Pencipta. Doa merupakan
satu bentuk ibadah kepada Allah.
Doa
merupakan satu bentuk zikir kepada Allah SWT. Doa merupakan senjata
yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.
Doa
adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung
dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar Allah SWT.
Allah
SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.
Firman
Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56 bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan
kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan.
“Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah
kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan.
“Sesungguhnya
rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”
Ketika
menjelaskan perkara sama, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tidak
ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat
memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan, (Hadis riwayat
Tirmizi)
Berdasarkan
peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu
amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah SWT dan alangkah hebatnya
pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.
Di
saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan
tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu
manusia sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan
daripada Allah SWT.
Kadangkala
timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul
Allah SWT?
Berdasarkan
besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai
sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu
hendaklah mematuhi adab tertentu.
Menurut
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak, dan
janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu
doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.
No comments:
Post a Comment