Multi
Level Marketing (MLM) atau jualan langsung kini satu industri yang bernilai
berbilion ringgit dan ramai wanita menjadi tonggak kejayaannya.
Semangat
wanita yang suka cabaran dan ingin berdikari memilih bidang MLM sebagai
alternatif menuju impian memiliki kekayaan dan kejayaan hidup.
Memang ramai wanita suka bekerja
tetapi terhalang disebabkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tambahan,
pendapatan diperoleh tidak berbaloi dengan pengorbanan terpaksa dihadapi.
Namun, tentulah sesuatu yang baik
jika mereka dapat melakukan tugas secara serentak iaitu mencari rezeki dan pada
masa yang sama tidak menghalang tugas sebagai ibu dan isteri.
Peluang ini ditawarkan oleh
industri MLM untuk wanita mencapai imbangan antara tanggungjawab menguruskan
rumah tangga dan kerjaya, dan meraih pendapatan lumayan.
Banyak wanita kini mampu memperoleh
pendapatan lima angka hasil kejayaan kepimpinan dalam MLM.
Jualan langsung menjadikan
keinginan memperoleh kekayaan dan kesenangan hidup yang dulu dianggap tidak
mungkin dicapai kini menjadi satu kenyataan.
Kebanyakan wanita yang menyertai
jualan langsung asalnya suri rumah sepenuh masa.
Penyertaan pada peringkat awal
mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan dan jiran yang telah menyertai
jualan langsung dan menikmati kejayaan dengan memperoleh pendapatan yang
menarik.
Untuk bermula dalam bidang jualan
langsung tidak memerlukan modal yang besar. Dengan membayar yuran keahlian
sebanyak RM30 hingga RM100, seseorang boleh memulakan perniagaan jualan
langsung. Kos itu biasanya meliputi kos kit jualan dan barang pengenalan.
Jadi, apabila diperkenalkan dengan
sesuatu syarikat jualan langsung, ramai yang menyahut cabaran untuk mengubah
masa depan diri dan keluarga.
Tidak rugi mencuba dan kalaupun
tidak berjaya, modal yang dikeluarkan amat kecil dan memberi satu pengalaman
baru untuk mereka.
Mereka yang baru menyertai jualan
langsung tidak perlu risau mengenai pengetahuan mengenai perniagaan dan
pengalaman kerana pemimpin atau up line akan membantu.
Bahkan, syarikat biasanya menyediakan
infrastruktur, sokongan dan juga bengkel latihan untuk membantu pengedar baharu.
Kejayaan dalam jualan langsung
bukan saja memberi kebebasan kewangan membantu menaikkan taraf hidup, bahkan
memberi kepuasan dan keyakinan diri, serta kejayaan yang dibina secara
berperingkat.
No comments:
Post a Comment