Friday 30 July 2021

Ayuh Malaysia terus fokus dalam perjuangan

Tiada siapa masuk pertandingan untuk kalah. Namun, tiada pertandingan yang semua peserta diiystiharkan menang.

Jadi, kalah itu adalah satu perkara pasti dalam pertandingan. Justeru, sesiapa menyertai pertandingan perlu berjiwa besar untuk menerima kekalahan.

Hakikatnya, mana-mana atlet yang mewakili negara adalah yang terbaik dari negara kita. Anda hebat. Apatah lagi mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan Olimpik.

Tidak semua atlet mampu sampai peringkat Sukan Olimpik. Jadi, sesiapa yang mampu berada di peringkat Sukan Olimpik dalam apa juga acara sebenar anda adalah antara atlet terbaik di dunia.

Justeru, biarpun pulang tanpa pingat mahupun pencapaian lebih buruk berbanding sebelumnya, anda adalah wira kebanggan seluruh rakyat Malaysia.

Sekiranya ada yang mengkritik kepada kegagalan, individu itu sebenarnya orang paling gagal dalam menilai erti satu perjuangan.  

Usah peduli pada kritikan, tetapi tetapkan semangat untuk terus fokus dalam perjuangan. 

No comments:

Post a Comment