Aidilfitri
PKP 3.0 tidak boleh dilakukan ziarah. Tidak mengapalah. Kita jaga kita. Ada
masa dan peluang boleh ziarah pada waktu lain.
Perasaan gembira itu di hati. Tidak kisahlah apa yang dilakukan, kalau kita berasa gembira, maka bergembiralah.
Masing-masing orang ada cara tersendiri untuk gembirakan hati. Melakukan aktiviti bercucuk tanam juga mendatangkan gembira.
Jadi, untuk mengembirakan hati pada Aidilfitri, lelaki dalam gambar ini menanam keledek pada pagi Aidilfitri. Gembira dan puas hati. Tidak perlu fikir atau sakit hati kena PKP.
Semoga kita bergembira dalam apa keadaan dan suasana sekalipun.
Keledek ganti nasi
No comments:
Post a Comment