Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2 dan 3
Mei 1996 di Langkawi, Kedah, telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Syiah
di Malaysia dan menetapkan umat Islam mengikuti ajaran Islam berasaskan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan
penganutnya ialah taqiyah (berpura-pura) dan mutaah.
Taqiyah
bermaksud satu ucapan atau perbuatan yang anda lakukan tidak sesuai dengan
keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk menjaga
kehormatan anda.
Mesejnya
apabila berhadapan dengan Ahli Sunnah maka perlu berpura-pura seperti beraqidah
dengan Ahli sunnah supaya dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila
mempunyai peluang mereka akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.
Seperti
kata al-Kulaini dalam kitabnya “Jagalah Agama Kalian (Syiah), tutupilah dengan
Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia bertaqiyah”. Hal ini
menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini adalah tanda-tanda orang yang
beriman. Nauzubillah.
Manakala
mutaah pula adalah perzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi
masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mutaah adalah pernikahan kontrak
tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa
saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran sahaja.
Pernikahan
ini di sisi Islam adalah haram dan tidak sah. Manakala di sisi Syiah ia
adalah sebuah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir dari mutaah adalah anak
yang paling mulia.
Bahkan
agama Syiah ini tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang hendak
dimutaah, dihalalkan walaupun dengan 1000 orang dan walau pun dia isteri
seseorang.
Penzinaan
mutaah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang terpengaruh dengan agama Syiah
ini kerana dalam agama Syiah ini ada kelazatan zina yang telah di’agama’kan
dengan diberikan nama nikah mutaah.
No comments:
Post a Comment