Sunday 20 December 2020

BUAH LEMBA SEBABKAN RASA MANIS

Pokok lemba (Cucurligo latifolia) merupakan tumbuhan herba dari jenis saka (perennial) dari keluarga Amaryllidaceae. Nama lain pokok lemba ialah lumbah, lembah, lumbah rimba, nyior lembir, nyiur puyuh, lumbah padi, kepala puyuh, pinang puyuh, selese dan beberapa nama lain lagi.

Dikategori sebagai herba tumbuh secara berumpun, daun lemba mempunyai banyak urat serta bertangkai. Pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar di dalam hutan.

Bunga lemba berwarna kuning muncul dari dasar atau pangkal pokok. Manakala buahnya berbentuk puting berwarna putih berbiji halus dan manis rasanya.

Buah lemba mempunyai rasa manis apabila matang. Rasa manis ini dihasilkan daripada sejenis protein pemanis rendah kalori yang dikenali sebagai curculin dan neoculin. Dua sebatian ini juga dikenali sebagai protein pemanis atau pengubah rasa.

Pengubah rasa bermaksud protein tersebut boleh mengubah rasa makanan yang masam kepada manis. Jika makan buah lemba dan kemudian makan buah masam seperti mempelam muda, rasa mempelam itu akan jadi manis. Rasa manis ini boleh bertahan selama 10 hingga 30 minit.

Pokok lemba mengandungi pelbagai khasiat antaranya bahagian akarnya dikatakan mampu mengubati sakit ginjal atau buah pinggang, menguatkan fungsi sek, mengatasi sakit kepala, sakit perut dan ulser mulut.

Buah lemba yang manis dikatakan boleh dimakan oleh pesakit kencing manis (diabetis), mengubati demam malaria, batuk, bengkak dan melawaskan kencing.

Manakala biji-biji berwarna hitam di dalam buahnya dicampurkan ke dalam sirap dan diminum untuk menyejukkan badan. Daun lemba juga boleh dikeringkan dan dipintal menjadi tali dan benang.

Rendaman (infusions) daun, pangkal batang dan akar digunakan secara dalaman untuk merawat demam. Rebusan (Decoctions) bunga dan akar diambil sebagai ubat sakit perut dan diuretik, manakala rebusan rhizome digunakan untuk merawat penyakit haid yang tidak menentu atau terlalu banyak dan lama.

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan.

Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.

Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum. Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian dibalut pada tempat sakit sendi dan otot, boleh merawat masalah sengal-sengal tulang.

Air rebusan akar lemba juga dikatakan mujarab untuk mengeluarkan bisa santau. Cempelai atau bokbong selepas bertarung dengan ular tedung akan segera mencari lemba untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

Sejauh mana kemujarapan pokok lemba secara saintifik tidak dipastikan, namun ia telah lama digunakan di kalangan penduduk kampung untuk tujuan perubatan.

2 comments:

  1. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete