Wednesday 16 December 2020

ORANG ASLI SUKU BATEQ PELUK ISLAM

Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Bateq, Ulu Sat. Kampung Bengoi yang terletak di pinggiran Sungai Ulu Sat, Jerantut didiami kira-kira 160 orang penduduk daripada suku kaum Bateq.

Suku kaum Bateq antara org asli yang terbelakang dari segi pendidikan dan cara hidup. Pada asalnya, mereka suka berpindah-randah dan hidup secara nomad. Mereka pernah berpindah di Kampung Bukit Gam, kawasan Taman Negara, Kampung Popei dan sempadan Kelantan dan terakhir mereka menetap di Kampung Bengoi, Ulu Sat.

Orang Asli suku Bateq masih mempunyai kepercayaan animisme yang kuat terutamanya orang-orang tua. Antara kepercayaan lama mereka, mayat perlu disemadikan di atas pokok dan yang lebih mengejutkan mereka percaya dengan kalimah Basmalah (Bismillah) sebagai pembuka rezeki ketika mencari hasil hutan.

Mengikut kepercayaan mereka, sebelum masuk ke hutan, mereka perlu membaca bismillah untuk mendapatkan kayu gaharu yang bermutu tinggi.

Berkat kerjasama usaha dakwah MUIP, JAIP dan NGO-NGO yang memberi kefahaman Islam sekian lama, mereka akhirnya terbuka hati untuk memeluk agama Islam pada awal tahun 2020.

Dengan pemelukan agama Islam, mereka berjaya mengubah adat dan kepercayaan lama serta mampu mengikut cara hidup Islam sebagai cara hidup yang baharu.

Aktiviti dakwah menerap pemahan dan ilmu agama, serta menjaga kebajikan mreka sebagai saudara baharu terus dijalankan setiasa diutamakan oleh agensi-agensi terbabit seperti Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Jerantut, Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Agama Islam Jerantut, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Jerantut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Tanah Daerah Jerantut Pejabat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ulu Sat dan Guru Briged Dakwah Kampung Orang Asli Sungai Kuching.

No comments:

Post a Comment