Thursday 18 January 2024

PAYA GELAM JADI SAWAH PADI DI DURIAN MENTAGAU

 
Kawasan hutan paya gelam di Durian Mentagau, Dungun seluas 500 ekar secara berperingkat sedang dibangunkan sebagai sawah padi dengan menggunakan kaedah penanaman padi organik sepenuhnya kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu, Syarikat Qudsi Global dan Koperasi Paka Terengganu Berhad.
 
Percubaan musim pertama sebagai plot percubaan seluas 8 ekar berjaya menghasilkan sekitar 2 tan padi organik seekar. Prestasi yang sangat baik untuk tanah sawah yang baru dibuka kerana proses merawat kesuburan tanah memerlukan sedikit masa.
 
Dengan penambahan keluasan kawasan penanaman padi ini dapat meningkatkan pengeluaran padi negara dan boleh mengurangkan kebergantungan bekalan padi dari luar negara. Penghasilan padi merupakan satu keperluan penting yang dianggap sebagai satu aspek keselamatan negera.
 
Selain mengubah status kawasan menjadi bendang padi, kawasan sawah padi sedia ada yang terbiar perlu dipulihkan menjadi kawasan produktif menghasilkan padi dan hasil pertanian lain, termasuk penternakan.
 
Jangan sia-siakan kawasan luas yang terdapat di negara kita dibiarkan tanpa diusahakan untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment