Monday 27 May 2024

CARA KENAL BUAH NONA TELAH MATANG

 
Buah nona (Annona spp) memang banyak jenis. Sebab itu nama panggilan setempat juga banyak. Di tempat lain mungkin berbeza dengan tempat lain. Jadi, jangan gusar jika nama yang anda panggil itu tidak sama dengan disebut orang lain. 
 
Salah satu atau spesis nona atau juga disebut anona ialah nona merah. Nama botaninya Anona squamosa red atau red sugar epal. Ada juga yang memanggilnya buah serikaya merah. 
 
Buah nona merah atau ungu memang sedap, bukan saja manis, teksturnya yang berjus dan berserat memang sedap dimakan.
 
Anak pokok hasil semaian dari biji benih akan berbuah dalam masa 2 hingga 3 tahun selepas ditanam.
 
Pokok nona merah boleh ditanam di dalam pasu besar atau di kawasan halaman yang sempit. Senang dijaga dan tidak perlukan perhatian khusus. Sentiasa berbuah tidak mengikut musim.
 
Buah nona bila kulit merekah, tanda hendak ranum. Buah yang telah matang juga nampak “terik” atau penuh. Warna lebih menjadi lebih terang atau jernih berbanding yang masih mudah.
 
Buahnya manis ranum lembut. Jika ranum di pokok, burung, tupai, musang, kelawar dan binatang lain suka makan. Buah jadi rosak atau habis dimakan binatang. Jadi, petik sebelum ranum.
 
Buah nona dari Thailand biasanya dipetik ketika sudah matang tetapi belum ranum. Buahnya masih keras dan perlu mengambil masa beberapa hari sebelum ranum. Cara itu bagi mengelak ia cepat rosak dalam perjalanan dan sebelum laku dijual.
 
Jadi, kalau beli buah nona dari Thailan di pasar buah, kenalah pilih-pilih. Cara nak tahu dia sudah masak atau belum buah dia agak lembut. Kalau keras buahnya itu tanda belum masak atau belum sesuai untuk terus dimakan. Kena diperam atau tunggu beberapa hari lagi.

Buah belum matang - kecil dan tidak terik

No comments:

Post a Comment