Saturday 12 February 2022

TOK BALI HAB HALAL UTAMA

 
Tok Bali berpotensi menjadi lokasi hab halal sumber makanan di kawasan rantau Asia pada masa hadapan menjelang 2025.

Pelabuhan itu akan menjadi lokasi eksport produk hiliran tempatan berasaskan perikanan yang menjadi nadi kawasan itu.

Eksport itu termasuk produk yang dihasilkan agensi kerajaan yang menekankan konsep halal.

Melalui Pelabuhan Tok Bali, segala produk halal akan dieksport ke negara luar kerana berada di laluan laut yang cukup strategik dengan beberapa negara lain.

Pelabuhan ini akan menjadi pusat perdagangan yang terkemuka suatu hari nanti. Kilang air batu terbesar bernilai RM9juta kini dalam proses pembinaan di Tok Bali bagi memudahkan nelayan mendapat bekalan air batu.

Perancangan untuk bina kilang sardin sedang dalam perbincangan. Kewujudan kilang yang memproses produk berkaitan ikan di Tok Bali akan melonjakkan Tok Bali sebagai hab produk halal.

Pengusaha perikanan laut dalam boleh menjadikan Tok Bali untuk menurunkan hasil tangkapan masing-masing apabila insfrastruktur yang berkaitan ditingkatkan.

Selain itu, kerajaan juga akan membina pangkalan khas untuk perusahaan ikan tuna yang dihasilkan pengusaha bot laut dalam di perairan antarabangsa bagi tujuan eksport ke luar negara, selain  memenuhi permintaan dalam negeri.

No comments:

Post a Comment