Thursday 7 January 2021

YERBA MATE ELOK DIMINUM BERBANDING KOPI

Masyarakat di seluruh dunia gemar minum teh. Teh mempunyai kafein yang kurang berbanding kopi. Kesemua teh herba yang dikisar tidak mempunyai kafein, manakala teh tradisional mempunyai kurang 50 peratus kandungan kafein berbanding kopi. Ini bermakna jika anda sensitif terhadap kafein, teh merupakan pengganti terbaik.

Pengambilan kopi sewaktu perut kosong boleh menyebabkan sakit perut, ianya berpunca daripada kandungan asid di dalam kopi yang lebih tinggi. Jika anda selalu mengalami masalah ini, bertukarlah kepada teh. Ini kerana teh kurang berasid berbanding kopi.

Teh kaya dengan antioksidan yang mampu menghalang tubuh badan dari penuaan dan menentang kerosakan yang berpunca dari pencemaran. Teh yang kurang pengoksidaan seperti teh hijau dan putih mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi kerana kurang diproses berbanding dengan jenis teh lain.

Satu kajian menunjukkan risiko serangan jantung berkurang sehingga 20 peratus dan risiko serangan strok berkurang sehingga 35 peratus buat mereka yang minum 1 hingga 3 cawan teh hijau setiap hari. Risiko serangan jantung berkurang sehingga 32 peratus buat mereka yang minum 4 cawan atau lebih teh hijau setiap hari. 

Terdapat banyak tumbuhan di seluruh dunia yang dijadikan teh. Kebanyakan teh ada di pasaran adalah jenis biasa. Jadi, khasiatnya juga biasa-biasa. Pun, begitu tetap memberi kebaikan kepada kesihatan.

Ada beberapa jenis teh yang dianggap luar biasa seperti teh hijau, teh china dan teh jepun. Manakala sejenis teh yang terkenal dihasilkan di benua Amerika Selatan ialah yerba mate.

Yerba mate telah digunakan sebagai bahan menghasilkan minuman seperti teh semenjak 400 tahun yang lalu. Yerba mate juga dikenali teh hijau yerba mate.

Yerba mate mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh manusia seperti zat mineral, lemak asid, klorofil, polyphenol, asid pantothenik dan 15 jenis asid amino.

Teh yerba mate boleh membantu merawat pelbagai penyakit terutama mencuci racun dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.

Justeru, tea yerba mate boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser perut, keletihan, masalah kulit, melangsingkan badan dan melancarkan metabolism badan.

Disebabkan ia banyak diamalkan penduduk di Argentina, yerba mate turut digelarkan sebagai Tea Hijau Argentina.

Antara kebaikan khasiat teh hijau yerba mate ialah:
- Menguatkan ketahanan tubuh untuk malawan penyakit.
- Membersihkan darah yang kotor.
- Menghancurkan batu karang di buah pinggang.
- Menurunkan kadar gula.
- Membuang kolesterol.
- Membuang racun dalam darah.
- Mengeluarkan asid urik.
- Antikanser.
- Melancar pembuagan air kencing.
- Membantu menguatkan otot jantung.
- Membantu melegakan insomnia.
- Meningkatkan pembakaran lemak.
- Mengurangkan berat badan.
- Melegakan panas badan.
- Mempercepatkan pemulihan dari keletihan.
- Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membantu mengatasi tekanan darah tinggi.

Cara penyediaannya:
- Ambil seuncang teh hijau yerba mate
- Masukkan ke dalam cawan atau gelas
- Masukkan air panas
- Minum apabila sejuk atau suam
- Boleh ditambah air panas sehingga rasa menjadi tawar
- Hampas teh boleh diminum atau dijadikan mask untuk muka bagi menghilangkan jerawat atau menghaluskan muka.

Dapatkan yerba mate secara dalam talian.
Klik pautan di bawah.

No comments:

Post a Comment