Monday 23 December 2019

KEMBARA SHIMLA BANDAR PERGUNUNGAN


Shimla merupakan bandar terbesar dan ibu negeri Himachal Pradesh. Ia terletak di ketinggian 7,238 kaki dari aras laut. Perjalanan menggunakan bas dari New Delhi ke Simla memakan masa hampir 8 jam perjalanan.

Tiada lapangan terbang di sini memandangkan bentuk mukabuminya yang bergunung-ganang. Bandar terdekat yang mempunyai lapangan terbang ialah Chandigarh.

Shimla adalah salah satu stesen bukit teratas di India. Keindahan indah dan daya tarikan kolonial ini menjadikannya salah satu tempat yang mesti dikunjungi di utara India.

Pemandangan kawasan pergunungan berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang diliputi salji adalah keindahan yang memukal pengunjung yang kali pertama datang ke tempat itu. Sejuk mata memandang.

Melihat tanaman yang ditanam di lereng-lereng gunung membuat hati  tenang. Boleh nikmati cuaca di pergunungan yang nyaman, sejuk walaupun kadang-kadang bila datang angin sejuk meniup sampai menggigil ke tulang.

Sesiapa sukakan pengalaman menunggang yak melalui denai di tepi lurah yang di kiri kanan lalaun ada salji boleh mendapatkan perkhidmatan yang disedikan. 

No comments:

Post a Comment