Wednesday 20 December 2017

APA MAKSUD DILEPASKAN TANPA DIBEBASKAN

Istilah  "dilepaskan tanpa dibebaskan" boleh dianggap sebagai satu 'keputusan' sesuatu kes terhadap seseorang individu yang dituduh itu digugurkan atau tidak diteruskan, namun pihak berkenaan tidak dibebaskan oleh mahkamah.

Maknanya, pendakwa raya boleh jika mahu untuk mendakwa semula tertuduh.

Berlainan sekiranya terdapat pembebasan (acquittal), pendakwa raya tidak boleh mendakwa semula kerana ini dihalang oleh Perkara 7(2) Perlembagaan berkenaan dengan perbicaraan berulang.

Keputusan mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan pihak berkenaan merupakan satu perkara biasa dari sudut perundangan negara.

Secara undang-undang mahkamah tidak boleh membebaskan tertuduh kalau tidak mendengar keterangan saksi dan melihat merit kes.

Sebab itu bila gugur pertuduhan sebelum perbicaraan bermula ia bukannya merupakan pembebasan atau acquittal.

Kemungkinan individu dilepaskan tanpa dibebaskan didakwa semua agak tipis.

Berlainan kes yang mana orang disyaki melakukan kesalahan, setelah disiasat pihak berkuasa dan tiada kes, maka dia dibebaskan tanpa di hadapkan ke mahkamah. Tiada pertuduhan dibuat dan tiada rekod mahkamah berkaitan kes tersebut.


Maksud “dilepaskan tanpa dibebaskan”

Konsep “dilepaskan tanpa dibebaskan” menepati hukuman takzir

Konsep “dilepaskan tanpa dibebaskan” tidak bercanggah dengan Islam

No comments:

Post a Comment