Bermula
dengan hasrat Ahli Jawatan Kuasa Masjid Mukim Pulau Gajah mencari dana untuk
membesarkan masjid sedia ada, membawa kepada terbinanya sebuah masjid baharu
yang lebih besar dan cantik.
Masjid
Mukim Pulau Gajah baharu mula dibina pada awal 2016 dengan kos RM6 juta melalui
peruntukan individu. Pelan serta idea pembinaan juga cetusan penderma tersebut.
Permbinaannya
bertujuan untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah. Masjid lama
Pulau Gajah tidak mampu menampung jemaah, terutama ketika sembahyang Jumaat.
Pembinaan
masjid di atas tapak seluas 0.8 hektar itu mengambil masa kira-kira dua tahun
dan mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
Khidmat
10 pekerja dari Indonesia diguna pakai untuk menghasilkan lebih 90 peratus
ukiran tangan pada masjid. Separuh daripadanya ukiran ayat suci al-Quran.
Dari
reka bentuk luaran hingga perincian dalaman, setiap butiran seni bina
mencerminkan kedamaian dan ketenangan, malah binaan turut dikelilingi hutan dan
parit mewujudkan panorama semula jadi.
Melangkah
masuk Masjid Ar-Rahman cukup mengujakan apabila setiap langkah disambut
pemandangan gerbang besar yang dibina tinggi menggunakan kayu cengal.
Ciri-ciri
binaan Masjid Ar-Rahman ini, menggabungkan hiasan dari sekurang-kurangnya empat
negara, selain seni bina Melayu.
Dua
pintu masuk masjid dari Yaman, tiang tempat imam solat pula dari Maghribi. Set
geduk berasal dari Indonesia dan lakaran al-Quran dalam bulatan di tengah
siling pula dibawa dari Turki.
Individu
yang membiayai pembinaan Masjid Ar-Rahman ini sering merantau ke luar negara
terutama Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki memberi ilham seni reka Masjid
Ar-Rahman.
Malah
pintu kayu berusia ratusan tahun yang dipenuhi ukiran ayat suci al-Quran di
hadapan tempat Imam solat diimport dari Magribi.
Keunikan
Masjid Ar-Rahman tidak terbatas pada pandangan luar dan dalam bangunan,
sebaliknya sudut pandangan atas memberi gambaran lebih menarik seolah-olah
masjid berada di sebuah pulau kecil.
Pemilihan
lokasi masjid yang dikelilingi parit dan rimbunan pokok turut memberi kelebihan
apabila menghasilkan udara nyaman dan sejuk kepada binaan itu, selain lokasi
juga terletak di hujung kampung.
Masjid
diwakafkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
dan pengurusannya dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid.
No comments:
Post a Comment