Dasar
kabotaj telah lama dilaksanakan untuk melindungi industri perkapalan tempatan
dan harus kekal praktikal.
Pengangkutan
barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke
pelabuhan atau tempat lain di Malaysia, termasuk di dalam kawasan zon ekonomi
eksklusif hendaklah diangkut oleh kapal yang berdaftar dengan Malaysia dan
mempunyai Lesen Perkapalan Dalam Negeri (Domestic Shipping Licenses-DSL) yang
sah.
Akta
Perkapalan Saudagar (Pindaan) 1998 telah memperluaskan definisi perkapalan
dalam negeri untuk meliputi aktiviti-aktiviti perkhidmatan lain seperti
pengorekan, pemasangan kabel dan paip dan penyelidikan hidrografi.
Kapal-kapal
yang digunakan bagi menjalankan aktiviti di atas disyaratkan untuk mendapatkan
lesen.
Dasar
kabotaj bukan sesuatu yang eksklusif untuk Malaysia sahaja, ia telah diamalkan
oleh negara-negara lain untuk melindungi perkapalan serta pertumbuhan
perkhidmatan perkapalan mereka dan syarikat tempatan harus diutamakan apabila
ia melibatkan kerja-kerja di perairan negara.
Tidak
menjadi kesalahan untuk melindungi industri tempatan. Bagaimanapun, pada masa
lalu dan sepatutnya ia harus diteruskan, apabila terdapat keperluan untuk
perkhidmatan khusus dan pengecualian, kebenaran diberikan kepada syarikat
perkapalan asing yang memohonnya.
Kebenaran
harus diberikan jika keperluannya mendesak, syarikat asing seperti syarikat
teknologi multinasional yang pakar dalam perkhidmatan dan produk berkaitan
Internet, memerlukannya dengan segera.
Dasar
kabotaj tidak seharusnya terlalu ketat tetapi pada masa yang sama syarikat
Malaysia harus diberi keutamaan.
Walaupun
dasar kabotaj harus melindungi rakyat tempatan, kerajaan perlu memastikan
perniagaan tempatan mempunyai keupayaan dan aset yang diperlukan.
Memetik
Akta Jones di Amerika Syarikat (AS), ia merupakan undang-undang persekutuan
yang mengawal perdagangan maritim di Amerika Syarikat. mereka mempunyai cara
mereka untuk melindungi industri tempatan walaupun mungkin di bawah nama yang
berbeza.
Akta
Jones memerlukan barangan yang dihantar antara pelabuhan AS diangkut dengan
kapal yang dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh rakyat atau penduduk tetap
negara itu.
Sementara
itu, dasar kabotaj Malaysia yang menjadi perdebatan adalah dasar yang mengawal
pengangkutan dan penghantaran barang atau penumpang antara dua tempat di
sepanjang laluan perairan di negara yang sama oleh pengendali pengangkutan dari
negara lain, ia diamalkan oleh kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk
negara maju.
Penguatkuasaannya
sangat ketat di beberapa negara berkenaan sehingga tiada kapal milik asing
dibenarkan beroperasi di perairan mereka.
Dasar
tersebut telah dilaksanakan pada tahun 1980 dengan matlamat untuk meningkatkan
pemilikan Malaysia dan perkapalan tempatan secara amnya dan bagi mengurangkan
kebergantungan Malaysia kepada kapal asing dan pengaliran keluar pertukaran
asing dalam bentuk pembayaran untuk penghantaran barangan.
Ia
juga berfungsi sebagai batu loncatan bagi syarikat perkapalan tempatan untuk
berkembang secara beransur-ansur ke perairan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment