Wednesday, 29 January 2025

BERTHA BENZ CIPTA SISTEM BREK KENDERAAN

 
Bertha Benz wanita hebat dikenali sebagai pengasas dalam dunia pembuatan kereta. Beliau dilahirkan di Jerman pada 3 May 1848.
 
Penglibaan Bertha dalam dunia pembuatan kereta sebagai rakan kongsi perniagaan dan pelabur kepada jurutera reka bentuk enjin kereta, Karl Benz yang juga suaminya.
 
Karl telah berjaya mencipta Benz Patent Motorwagen pada tahun 1885 yang dianggap sebagai kereta praktikal pertama dan dijadikan kereta siri pertama dalam senarai siri pengeluaran seterusnya.
 
Kereta pertama itu tentu sekali terdapat banyak kekurangan atau jauh daripada sempurna. Salah satu kekurangan paling ketara ialah pada sistem brek.
 
Pada masa ini, sistem brek adalah sekeping kayu yang ditekan kepada roda logam untuk memperlahankan dan seterusnya menghentikan kenderaan.
 
Pada 5 Ogos 1888, Bertha tanpa pengetahuan Karl telah memandu Benz Patent Motorwagen untuk jarak jauh. Pemanduan sejauh 106 km itu dari Manheim ke Pforzheim di Jerman.
 
Menyedari yang beliau akan melalui jalan yang berbukit, beliau singgah di kedai pembuat kasut dan meminta tukang kasut tersebut untuk menambah lapisan kulit pada brek kayu untuk menambahkan geseran
 
Inovasi inilah yang menjadi prototaip kepada brek era moden.
 
Hasil daripada perjalanan rahsia itu, Bertha mebuktikan kepada dunia yang kereta rekaan suaminya adalah praktikal untuk kegunaan.
 
Beliau turut menjadi wanita pertama yang memandu kereta. Laluan yang diambil beliau kini dikenali sebagai Bertha Benz Memorial Route yang diiktiraf of UNESCO
 


No comments:

Post a Comment