Di
Kelantan terdapat banyak pantai peranginan diuruskan pihak swasta yang mendapat
kunjungan ramai. Pihak pengurusan pantai mengenakan bayaran atau tiket masuk
kawasan berkenaan sama ada atas kiraan individu atau kenderaan.
Hakikatnya,
banyak pantai awam yang turut ada dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan. Suasana
pantai menghadap Laut Cina Selatan dan ciri-ciri geografi yang sama.
Namun,
mengapa pula pengunjung sanggup membuat sedikit bayaran untuk mengunjungi pantai
peranginan diuruskan pihak swasta.
Sebabnya
adalah ciri-ciri kebersihan. Di pantai peranginan diuruskan oleh swasta dalam
keadaan bersih dan terurus. Kemudahan seperti tandas dijaga dengan baik dan selesa
digunakan.
Ini
berlainan dengan pantai peranginan awam diuruskan pihak berkuasa tempatan. Biarpun
diadakan kemudahan asas, namun tidak terurus. Soal kebersihan memang teruk.
Sampah
dibuang merata-rata atau dilonggokkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Ia
bukan salah pihak berkuasa tempatan semata-mata yang gagal mengurus dengan
baik, tetapi lebih penting sikap pengunjung.
Sampah
tidak sepatutnya dibuang merata-rata. Jikapun tidak disediakan tong sampah atau
kedudukan tong sampah yang jauh, sampah yang dibawa, terutama bekas makanan
sepatutnya dibawa balik dan dibuang di tempat sepatutnya.
Kalau
boleh membawanya ke pantai peranginan tersebut, mengapa pula tidak boleh dibawa
balik. Biasanya ia lebih ringan dan berukuran lebih kecil kerana isinya yang
berupa makanan telah dimakan atau diminum.
Harap,
masing-masing menjaga kebersihan pantai peranginan yang mencerminkan sikap
pengunjungnya.
Gambar: Pantai Nusuk yang dikendalikan swasta lebih bersih dan cantik menarik kunjungan ramai.
No comments:
Post a Comment