Saturday 16 October 2021

POKOK RUMBIA HASILKAN SAGU

 
Pokok rumbia atau dipanggil sebagai pokok sagu adalah sejenis pokok palma. Pokok rumbia tumbuh subur di kawasan tanah lembab dan gambut.

Pokok rumbia tumbuh meliar tanpa ditanam. Di sesetengah tempat ia dimanfaatkan sebagai makanan untuk haiwan khususnya itik.

Namun, di Sarawak pokok rumbia telah dikomersilkan dan ditanam secara ladang untuk menghasilkan sagu. Disebabkan pokok rumbia menghasilkan sagu, maka ramai menamakan pokok rumbia sebagai pokok sagu.

Indonesia merupakan antara negara yang banyak mempunyai pokok rumbia dan dikomersilkan sehingga menghasilkan produk sagu yang digunakan untuk keperluan domestik dan ekspot.

Pokok sagu di Sarawak juga dipanggil pokok mulong. Terdapat ulat yang hidup di dalam batang pokok mulong yang dipanggil ulat mulong atau ulat sagu. Ulat sagu menjadi hidangan lazat masyarakat di Sarawak.

Kerajaan Sarawak menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Rumbia Sarawak untuk pembangunan industri rumbia, Dengan tertubuhnya (Lembaga Pembangunan Industri Rumbia Sarawak) ia membantu melonjakkan taraf hidup khususnya buat rakyat pesisir dan luar bandar yang menjadikan rumbia sumber pendapatan utama.

Menerusi penubuhan lembaga tersebut membolehkannya menjadi satu organisasi yang fokus kepada pembangunan industri rumbia di Sarawak.

Sehuhungan itu, satu kajian perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti kaedah yang lebih efisien dalam membantu pengeluaran dan penanaman (rumbia).

Sesungguhnya industri rumbia berpotensi dikomersialkan di pasaran luar negara. Ini kerana jika diusaha secara sistematik dan profesional serta pelbagaikan penghasilan produk berasaskan rumbia, ia mampu merangsang industri berkenaan.

Rumbia mempunyai banyak kegunaan iaitu tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku, plastik dan lain-lain.

Sesungguhnya dengan wujudnya Lembaga Pembangunan Industri Rumbia akan membantu mengembangkan industri rumbia sekali gus menjadikan Sarawak antara pengeksport utama.

Pokok rumbia mempunyai batang yang bersaiz besar dan tegap dengan tumbuh menegak sehingga mencapai ketinggian antara 10–12 meter.

Batangnya dilihat mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Daun pokok rumbia yang keras dan boleh tahan lama turut dijadikan atap.

Fakta menarik mengenai usia pokok rumbia ialah pokok matang akan berbunga yang mengambil masa kira-kira dua tahun. Selepas itu pokok itu akan mati. Dengan kata lain, kita dapat mengetahui pokok itu akan mati apabila tamat masa berbunga dan mengeluarkan buah yang akan menjadi benih.

Bagaimanapun tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12 hingga 13 tahun di tanah mineral dan 15 hingga 18 tahun di tanah gambut.

Pokok rumbia yang ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelak kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak melebihi dua hari selepas ditebang.

Pokok rumbia mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10 hingga 12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi.



No comments:

Post a Comment