Rakyat
Malaysia tidak kira kaum dan agama sentiasa mengamalkan sikap saling membantu.
Bantuan kepada golongan memerlukan dilakukan dengan rasa penuh bertanggungjawab.
Hubungan antara rakyat bak kata pepatah, seperti aur dengan tebing, satu bentuk
hubungan yang amat akrab.
Sesungguh,
kehidupan rakyat sering diuji dalam perlbagai bentuk dan keadaan. Ujian paling
besar dihadapi rakyat Malaysia, bahkan penduduk seluruh dunia adalah wabak
COVID-19.
Wabak
itu bukan sahaja mengancam berkaitan kesihatan, bahkan dalam segenap aspek
kehidupan rakyat sehingga menyebabkan masalah ekonomi yang teruk kepada
sesetengah individu sehingga memerlukan bantuan daripada pihak lain, terutama dari
kerajaan, NGO dan orang perseorangan.
Sesungguhnya,
masalah tersebut dapat sedikit sebanyak dapat diselesaikan apabila banyak NGO
dan orang perseorangan yang bersedia menghulurkan bantuan.
Insentif
bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dialami
walaupun masih tidak mencukupi.
Namun,
sikap kesabaran, prihatin serta toleransi yang ditunjukkan oleh setiap individu
mahupun negara untuk bersama-sama berhadapan dengan saat sukar inilah cerminan
sebenar rakyat Malaysia.
Sesungguhnya,
Malaysia amat memerlukan bantuan dan sokongan semua rakyat untuk membantu golongan yang memerlukan dan bagi membina semula
kekuatan ekonomi.
Aktiviti membantu bukan sahaja memberi kebaikan kepada golongan memerlukan bantuan, bahkan juga dapat mengaktifkan kitaran ekonomi.
Bahan keperluan yang dibeli untuk diberikan kepada golongan terjejas akan menghidupkan kembali sektor peruncitan dan pembuatan yang teruk terjejas sepanjang pandemik.
Semua
rakyat harus memberikan bantuan dan sokongan mengikut kadar kemampuan
masing-masing. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
No comments:
Post a Comment