Episod
permusuhan syaitan (diketuai iblis) bermula akibat keengganan iblis menerima
keputusan Allah mencipta manusia untuk dijadikan khalifah di muka bumi.
Firman
Allah dalam surah al-Baqarah ayat 34 bermaksud: “Dan ketika Kami perintahkan
kepada para malaikat, sujudlah kalian kepada Adam! Lalu mereka pun sujudlah
semua, kecuali iblis.”
Firman-Nya
lagi: “Dan apabila Kami berkata kepada malaikat, sujudlah kamu kepada Adam,
maka sujudlah mereka kecuali iblis. Ia adalah daripada golongan jin, lalu ia
ingkar akan perintah Tuhannya.” (Surah al-Kahf, ayat 50).
Keangkuhan
iblis tidak mahu sujud kepada Adam semata-mata merasakan dirinya lebih
‘canggih’ daripada Adam berdasarkan kepada asal perciptaan.
Iblis
dicipta daripada api, sedangkan manusia dicipta daripada tanah. Malah iblis
lebih senior atau lebih awal dicipta oleh Allah. Jadi, iblis merasakan dirinya
lebih layak untuk ditauliahkan sebagai khalifah di muka bumi.
Sememangnya
Allah mencipta jin lebih awal daripada Adam. Firman Allah bermaksud: “Dan
(sebelum) terjadinya manusia, Kami ciptakan jin daripada api yang sangat
panas.” (Surah al-Hijr, ayat 27).
Firman-Nya lagi bermaksud: “Dan Dia menciptakan jin daripada lidah api
yang menjulang.” (Surah ar-Rahman, ayat 15).
Nyata
iblis lebih canggih berbanding manusia. Tetapi bukan bermakna manusia mesti
tunduk kepada tipu daya iblis. Manusia diberikan akal untuk mengelak tipu daya
iblis. Malah, manusia dibekalkan mukjizat al-Quran dan kata-kata mutiara hadis
Rasulullah untuk mengelak segala tipu daya iblis.
Sesiapa
berpegang kepada kedua-duanya pasti tidak akan sesat sepanjang hidup biarpun
diasak dengan cubaan kecanggihan iblis.
Hakikatnya,
syaitan bukanlah canggih sangat untuk menyesatkan manusia jika manusia tidak
tamak, lalai, angkuh dan jahil.
Satu-satunya
kelebihan yang Allah berikan kepada iblis dan keturunannya syaitan ialah
dipanjangkan usia sehingga hari kiamat, bertujuan untuk menyesatkan Adam dan
seluruh cucu cicit Adam.
Firman
Allah bermaksud: “Panjangkanlah umurku sampai hari mereka dibangkitkan.” Lalu
Allah menjawab: “Sesungguhnya engkau termasuk di antara mereka yang
dipanjangkan umurnya.” (Surah al-Araf, ayat 14 - 15).
Kejayaan
pertama iblis tercapai apabila Adam dan Hawa terpedaya memakan buah
terlarang.
Firman
Allah bermaksud: “Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan
keduanya dikeluarkan dari tempat berada ketika itu.” (Surah al-Baqarah, ayat
36).
Dendam
iblis terhadap Adam tidak setakat itu. Malah, sepanjang masa iblis yang
mengetuai kumpulan syiatan akan terus menghasut manusia melakukan kejahatan dan
ingkar terhadap perintah Allah.
Gambar: Pemandangan di Pulau Seratus, Delta Sungai Kelantan. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment