Satu
fenomina sekarang ini ialah buat, tempah atau pakai baju yang sama atau hampir
sama dari segi tema seperti warna, fabrik dan sebagainya untuk sesuatu majlis.
Semua yang hadir nampak sama, seragam dan mudah dikenali.
Setiap
tahun atau majlis berbeza akan menggunakan tema yang berbeza. Ia dianggap
penyatuan, kesamaan, kekitaan, kekeluargaan dan satu hati.
Contohnya,
dalam sesuatu majlis yang menetapkan pakaian wanita mesti berbaju kurung dan
lelaki bersongkok, termasuk di kalangan bukan Islam. Itulah hakikat yang perlu
diterima. Demi keseragaman dan uniform, perkara itu tidak dapat
dielakkan.
Samalah
dengan apabila wanita dipaksa pakai tudung untuk sesuatu majlis sebagai tanda
keseragaman. Dalam banyak protokol atau peraturan pemakaian, semua wanita yang
terlibat dikehendaki memakai tudung tanpa mengira agama, bangsa dan agama
anutan.
Dalam hal ini, pemakaian itu tiada kaitan dengan rasa keimanan atau kepercayaan
agama. Dasar yang dipegang ialah keseragaman dan kesatuan.
Memang,
memakai tudung atau menutup aurat atas dasar keimanan terpulang kepada
individu. Tidak boleh dipaksa. Tetapi, dalam keadaan yang mana untuk
keseragaman, maka itu ‘diwajibkan’ bukan saja kepada wanita Islam, bahkan
kepada wanita bukan Islam.
Maka,
tidak seharusnya timbul prejudis berkaitan memakai tudung untuk keseragaman
jika majlis yang menetapkan sedemikian atau persetujuan bersama dicapai.
Dalam banyak hal kita boleh seragam dan membina kesatuan, mengapa tidak boleh
ditambah satu lagi berkaitan memakai tudung. Anggaplah ia sebagai satu
keseragaman, kalau tidak mahu menganggap satu yang mempunyai kaitan dengan
agama.
Sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung kepada niat. Mereka yang hari-hari memakai tudung
jika niatnya tidak ikhlas dan tidak kerana Allah SWT, maka perbuatan itu tidak
mendatangkan pahala.
Namun, satu perkara yang perlu diingat, biarpun dia memakai tudung dengan
terpaksa, hakikatnya dia tetap sudah beroleh satu kebaikan, iaitu terhindar
daripada perkara dosa berkaitannya.
Sesungguhnya
seragam itu menunjukkan atau membuktikan kesatuan. Sebab itu, pakaian ihram
adalah sama untuk seluruh manusia yang mengerjakan umrah dan haji.
Seluruh
umat Islam yang datang ke Makkah untuk menunaikan ibadat tersebut perlu memakai
ihram yang sama biarpun berasal dari tempat, budaya, keturunan, kedudukan yang
berbeza.
Namun, atas maksud beribadat kepada Allah, segala perbezaan itu diketepikan.
Mereka bersatu dalam melaksanakan ibadat umrah dan haji.
Pada
setiap musim haji, terutama ketika kemuncak haji iaitu wakuf di Padang Arafah,
semua yang terlibat dengan ibadat haji akan memakai pekaian yang sama.
Berjuta-juta manusia nampak sama dan dengan niat yang sama mencari keredaan
Allah.
Maka, kita dapat tahu mana-mana individu yang tidak berpakaian ihram, tetapi
berada di situ disebabkan bertugas seperti anggota keselamatan, dia tidak
melaksanakan ibadat haji.
Satu
lagi kesamaan yang jelas ialah pakaian untuk mayat atau jenazah. Biarpun siapa
kita di dunia ini, kita tetap akan sama pakaiannya untuk bersemadi di alam
kubur.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa selepas mati, kita adalah sama. Tidak ada
lagi darjat dan kedudukan membezakannya. Yang membezakan kita di sisi Allah
ialah amalan yang dibawa sebagai bekal untuk kehidupan akhirat.
Gambar hiasan: Bunga kantan yang mekar
No comments:
Post a Comment