Friday 13 July 2018

CARA TANGKAP KETAM RAGI

Ketam ragi sejenis ketam laut. Ketam ragi mudah didapati di tepi pantai. Hendak tangkap ketam ragi tidak sukar. Tidak perlu pergi jauh di tengah laut. Tidak perlu bot atau perahu. Untuk tangkap tidak perlu peralatan khas. Hanya boleh guna tangan sahaja untuk tangkap ketam ragi. Bagaimanapun perlu lah ada umpan untuk menarik kehadiran ketam ragi.

Umpan paling diminati oleh ketam ragi ialah bahagian anggota binatan seperti perut dan usus. Namun, paling banyak digunakan ialah bahagian perut ayam dan kepala ayam. Selain itu ikan kering dan sotong juga boleh digunakan.

Umpan itu akan dicucuk atau diletakkan pada bilah buluh atau batang kayu. Bilah buluh itu dipacak berdiri di tepi pantai yang ke dalaman air sekitar setengah meter. Kalau kawasan dalam, susah pula nak pacak dan sukar untuk menangkap ketam ragi nanti.

Ketam ragi akan datang ke umpan yang berbau itu. Ketika ketam ragi tengah makan atau berada di sekitar umpan itu, ia boleh ditangkap menggunakan tangan atau alat penyauk. Tetapi, rasa lebih mudah menggunakan tangan. Ketam ragi mempunyai penyepit yang kecil. Kalau disepit pun tidak rasa sakitnya dan mudah dilepaskan.

Aktiviti menangkap ketam ragi biasanya dijadikan aktiviti keluarga sambil berehat dan santai di tepi pantai. Dengan berbekalkan umpan kepala ayam atau perut ayam yang tidak perlu dibeli, serta batang bilah buluh, mereka boleh melakukan iktiviti tangkap ketam ragi.

No comments:

Post a Comment