Pemimpin
mesti menerima hakikat bahawa tugas berat yang dipikul mesti dilaksanakan
sebaik mungkin. Jika dirasakan tidak mampu, elok jawatan itu diserahkan kepada
orang lain.
Tindakan itu dapat mengelak daripada berlaku 'kezaliman' terhadap rakyat yang
mengharapkan sumbangan terbaik daripada pemimpin.
Jawatan
sebagai pemimpin bukan untuk mendapat layanan istimewa. Mereka mesti rela
berkorban demi melaksanakan tugas. Jawatan yang disandang tidak digunakan untuk
mengumpul kekayaan atau mengamalkan kroni.
Dal
hal ini, pemimpin tawaduk tidak rungsing hilang sokongan disebabkan tidak
memberi layanan istimewa kepada penyokong setia. Sebaliknya, dia lebih takut
kepada pembalasan Allah SWT jika gagal melaksanakan tugas dengan
baik.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Katakanlah, wahai Tuhan yang memberikan kerajaan. Engkau
memberi kerajaan (kekuasaan) kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau
gugurkan (jatuhkan) kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau
muliakan orang yang Engkau muliakan dan Engkau hinakan orang yang kehendaki. Di
tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
segala sesuatu.” (Surah Ali Imran, ayat 26)
Sekiranya
pemimpin perlu berundur, itu bukan khidmatnya tidak diperlukan lagi. Keputusan
ingin berundur bukan bermakna mereka tidak baik atau gagal menjalankan tugas
sebelum ini. Ia satu proses biasa dalam mana-mana organisasi.
Pemimpin tidak selama-lamanya berada di atas. Tiba masanya mereka perlu
melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada orang lain.
Pemimpin
yang ada di atas sekarang naik disebabkan ada orang lain turun dan membuka
peluang untuk mereka naik. Maka sekarang giliran mereka pula melakukan apa yang
dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Inilah resam dunia, silih berganti seperti
roda yang berpusing.
No comments:
Post a Comment