Perkhidmatan
bas terawal beroperasi di Kelantan disediakan oleh North Eastern Transport
Services (NETS). Syarikat tersebut kemudiannya dikenali Syarikat Kenderaan
Melayu Kelantan (SKMK).
Bas
dalam gambar adalah yang beroperasi di Pasir Mas dengan nombor pendaftaran
T6163. Pada masa itu ‘T’ adalah untuk Kelantan dan Trengganu. Kemudian ‘D’
diwujudkan khusus untuk Kelantan dan Trengganu mewarisi abjad T.
Bas
itu cuma dibenarkan membawa 20 penumpang. Namun, penumpang dibawa biasanya
melebih daripada jumlah itu.
Sebuah
lagi bas yang serupa ialah nombor pendaftaran T6162. Bas tersebut terlibat
dalam satu kemalangan ngeri di lintasan landasan kereta api di Lati, Pasir Mas
yang meragut 11 nyawa.
Sebuah
bas yang sarat dengan penumpang kebanyakkannya murid-murid sekolah dirempuh
kereta api kerana injinnya mati di tengah landasan kereta api.
Kejadian
berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari, Khamis, 30 Mac 1972.
No comments:
Post a Comment