Di kawasan delta Sungai
Kelantan di kawasan jajahan Tumpat terdapat 33 buah pulau, namun hanya 13 pulau
yang didiami atau ada penduduk tinggal di pulau berkenaan.
Antara pulau tersebut ialah
Pulau Seratus, Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Pantai Suri, Pulau Cendol,
Pulau Tongkang, Pulau Pantai Baru dan Pulau Haji Nik Mat.
Untuk pergi ke pulau-pulau
berkenaan perlu menggunakn bot sama ada melalui Jeti Kuala Besar atau Jeti Kok
Majid. Bagi mereka yang tidak biasa, untuk ke pulau berkenaan tentu ‘sukar’ dan
tidak tahu bagaimana.
Jadi, sesiapa yang ingin
menyampai sumbangan kepada komuniti pulau, Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) ada wakil untuk uruskan sumbangan anda.
Roslan
Ismail atau lebih dikenali Roslan Pulau Seratus, aktivis kemasyarakatan dan sukarelawan,
bersedia membantu menyerahkan sumbangan anda sama ada berupa wang atau barangan
kepada penduduk pulau.
Roslan
yang sudah aktif membantu penduduk pulau lebih 20 tahun, dan mendapat
pengiktirafan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di atas kerja-kerja
sukarela yang dilakukan, sentiasa bersedia pengantara kepada sesiapa ingin
menyalurkan sumbangan untuk penduduk pulau.
Roslan
salah seorang penaja menubuhkan PCAK sejak setahun lalu, banyak menjayakan
program PCAK menyalurkan sumbangan untuk komuniti kepulauan.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai
sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi
asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
Gambar: Roslan (kiri) menerima amanah berupa barangan dan wang untuk diserahkan kepada komuniti pulau.
No comments:
Post a Comment