Belajar di sekolah asrama
penuh banyak kebaikan. Namun, tidak dapat dinafikan ada juga keburukan belajar
di sekolah asrama penuh yang terpaksa dihadapi oleh pelajar.
Perkara pertama ialah hilang
keyakinan diri. Banyak pelajar tidak mampu untuk berdikari. Mereka mula hilang
keyakinan. Bahkan ada yang menarik diri setelah beberapa minggu berada di
asrama penuh.
Bagi yang terus belajar,
mereka yang hilang keyakinan diri akan mengambil langkah sekadar ikut-ikut
saja.
Mereka tidak mampu untuk
bersaing dengan rakan-rakan lain. Inilah antara punca mengapa pelajar yang
cemerlang di sekolah harian biasa apabila pergi ke asrama penuh tidak mempu
mengekalkan prestasi sebelumnya.
Biarpun kita mengaitkan
dengan berdikari, pada hakikatnya pelajar masih perlu kepada perhatian dan
jagaan ibu bapa.
Bagi pelajar yang tinggal
di asrama, masa bersama dengan ibu bapa amat kurang, melainkan pada masa cuti.
Begitu juga dengan adik beradik akan terdapat jurang dan kurang kemesraan.
Lebih parah lagi apabila
terdapat pelajar asrama penuh merasa ‘keras kepala’ merasakan dirinya lebih
hebat berbanding dengan adik beradik lain.
Disebabkan itu hubungan
dengan adik beradik lain semakin jauh. Sudahlah jarang berjumpa, ditambah pula
sikap bongkak dan ego menguasai diri.
Apapun, baik dan buruknya bergantung kepada pelajar itu
sendiri. Kerajaan sudah menyediakan yang terbaik untuk pelajar. Gunakan peluang
belajar di asrama penuh dengan sebaik-baiknya.
Gambar jeti nelayan di Kampung Tanjung Kuala Sabak tiada kaitan dengan tulisan. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment