Terdapat
banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie dan para ulama besar dari kalangan yang
bermazhab
Syafie telah mengharamkan dan membidahkan perbuatan atau amalan berkaitan mengadakan
tahlil dan menyediakan makanan pada hari kematian dan seterusnya.
Di
dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. tercatat: "Dan dilarang
(ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga
dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan".
Yang
sewajarnya
menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau
orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si mati).
Kata Imam Syafie: "Aku suka kalau jiran
si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati
pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya
itulah amalan yang sunah.
Ini
bertepatan hadis bermaksud: "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk
keluarga Jaffar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)."
(Hadis riwayat Tirmizi)
Menurut Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah
dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk
keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim
yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar
dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim
hukumnya haram.
Tegas Imam Syafie lagi, dibenci bertetamu dengan persiapan
makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji
dan ia adalah bidah.
Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan
yasinan beramai-ramai) pada hari pertama kematian, ketiga, ketujuh, keempat puluh dan pada hari-hari lain sebagaimana
yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bidah
menurut fatwa Imam Syafie.
Berkaitan bacaan tahlil, di dalam Tafsir Ibnu Kasir terdapat
fatwa Imam Al-Syafie. Firman Allah SWT: “Dan bahwasanya seorang manusia tiada
memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. (Surah Al-Najm: ayat 39)
Berdasarkan ayat itu, telah mengistimbat oleh Imam Syafie bahawa
membaca (Al-Quran) tidak sampai pahalanya kepada orang mati, kerana
bukanlah amalan yang mereka lakukan dan bukan apa yang mereka usahakan.
Oleh
itu Nabi SAW tidak mensunatkan untuk dilakukan oleh umatnya dan tidak
menyarankan untuk melakukanya dan tidak memberi tunjuk ajar kepada perkara ini
dengan nas dan rujukan, dan tidak pernah diriwayatkan daripada satu pun sahabat
Nabi SAW. Dan kalaulah baik nescaya mendahului perbuatan ini oleh para sahabat.
No comments:
Post a Comment