Akan
ada individu ditugaskan untuk mengagih-agihkan bungkusan itu kepada tetamu
ketika turun dari rumah (atau tempat jenazah disembahyangkan). Selain makanan,
diselitkan juga sampul surat yang mengandungi wang.
Ada
juga ahli keluarga yang ditugaskan untuk mengagihkan makanan dan minuman di kawasan
perkuburan.
Itu
amalan yang sekurang-kurangnya penulis dapat lihat di Kota Bharu, Kelantan.
Tidak pasti pula di tempat lain.
Disebabkan
amalan itu sudah jadi kebiasaan, dirasakan satu 'langgar' kebiasaan jika tidak
dilakukan.
Tentu
sekali amalan itu adalah adat setempat dan bukannya tuntutan agama. Jika itu
tuntutan agama, sudah pasti ada dinyatakan dalam hadis dan kitab-kitab ulama.
Apakah
keharusan keluarga si mati menyediakan atau memberi makanan kepada individu yang
terlibat dalam menyembahyangkan jenazah dan pengembumian?
Mari
kita lihat pandangan ulama mengenai perkara itu. Sebenarnya terdapat banyak
fatwa dari Imam Syafie dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah
mengharamkan dan membidahkan perbuatan atau amalan berkaitan menyediakan
makanan pada hari kematian dan seterusnya.
Di
dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. tercatat: "Dan dilarang
(ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga
dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan".
Yang
sewajarnya
menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau
orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si mati).
Kata Imam Syafie:
"Aku
suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk
keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka.
Sesungguhnya itulah amalan yang sunah.
Ini
bertepatan hadis bermaksud: "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk
keluarga Jaffar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)."
(Hadis riwayat Tirmizi)
Menurut Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah
dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga
yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih
kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai.
Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram.
Tegas Imam Syafie lagi, dibenci bertetamu dengan persiapan
makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji
dan ia adalah bidah.
No comments:
Post a Comment