Mood
masyarakat Cina kelihatan baik sempena Tahun Baru Cina 2018. Tahun ini mengikut kalendar masyarakat Cina dikenali
tahun anjing yang bermula 16 Febuari 2018 hingga 04 Febuari 2019.
Sambutan
Tahun Baru Cina pada kali ini lebih menceriakan dan memberi keyakinan kepada
rakyat kerana pertumbuhan ekonomi semakin kukuh.
Ekonomi
negara semakin kukuh dan berkembang dengan baik seperti yang diumumkan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Malah,
dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan sebanyak
6.9 peratus diikuti Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang juga
bertambah.
Ini semua
akan memberi pendapatan kepada rakyat baik kepada golongan peniaga mahupun
penjawat awam kerana dapat menikmati keuntungan hasil daripada dividen yang
diperolehi.
Tahun Anjing merupakan tahun yang menuntut setiap individu untuk fokus pada apa yang dikerjakan dan lebih yakin pada keupayaan diri.
Mereka yang optimis akan mampu
mengatasi segala macam cabaran.
No comments:
Post a Comment