Friday 8 November 2019

PROGRAM WAKAF PERIGI DI KEMBOJA


Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem Malaysia) adalah badan NGO yang berdaftar dengan kerajaan Malaysia dengan nombor pendaftaran ROS: PPM-015-11-16072018

Muszleem Malaysia bermula apabila beberapa orang rakan menerima jemputan untuk melaksanakan ibadah korban di Kemboja.

Sekembalinya dari Kemboja, NGO ini ditubuhkan secara rasmi untuk menyelaraskan aktiviti kebajikan, dakwah dan kemanusian di sana.

Setakat ini pihak Muszleem Malaysia telah melaksanakan projek perigi wakaf untuk fakir-miskin, pembinaan Madrasah Darul Quran dan juga korban.

Antara aktiviti yang giat diadakan sekarang ialah wakaf perigi. Perkara ini dianggap satu perkara yang penting kerana banyak penduduk di sana menjadikan air hujan dan air sungai sebagai sumber air untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Mereka juga seperti kita memerlukan bekalan air yang bersih meneruskan hidup. Selama ini, saudara Islam kita di sana susah untuk beribadat kerana mereka kekurangan bekalan air yang bersih untuk berwudhuk.

Oleh itu, pihak Muzleem mengajak kita semua untuk bersama-sama dalam program wakaf perigi bagi membantu masyarakat Kemboja untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih.

Untuk mengetahui lanjut, sila hubungi Muszleem Malaysia melalui page FB. Atau hubungi http://bit.ly/perigiwakaf 

No comments:

Post a Comment