Sunday 17 November 2019

MENGAPA BUAH JADI MEREKAH

Pada umumnya buah akan pecah apabila kedaan kelembapan persekitaran adalah meningkat berbanding dengan kebiasaannya.  

Ini biasanya berlaku pada musim hujan apabila penyejatan (evaporation) adalah rendah.  

Puncanya berlaku rekahan adalah kerana kandungan air dalam sistem tanaman adalah lebih tinggi daripada kadar yang diperlukan.  

Keadaan ini berlaku terutama kepada buah yang dibalut dengan plastik yang mana penyejatan air terhalang.

Pertambahan isi buah (disebakan serapan air yang berlebihan) adalah tidak selari dengan kulit buah yang telah terbentuk.

Tisu kulit buah yang secara relatifnya lemah akan menyebabkan rekahan berlaku. Rekahan yang sedikit pada buah yang matang walau bagaimanapun adalah satu kebiasaan dan tidak menjejaskan kualiti buah.

No comments:

Post a Comment