Wednesday 30 May 2018

RESIPI KUIH KERBAU GULING

Kuih kerbau guling atau kuba guling tular di media sempena Ramadan 1439H (2018). Kuih kerbau guling cukup terkenal di Rantau Panjang dan Pekan Golok, Selatan Thailand.

Nama Kerbau Guling ini diambil daripada warna kuih ini yang hitam seperti kerbau dan berguling guling di dalam kelapa sebelum dihidangkan. Jadi dari situlah munculnya nama kerbau guling.

Resepi Kuih Kerbau Guling
 Bahan-bahan:
- 250gm tepung beras
- 150 gm tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras pulut
- 200 gm gula
- 1/2 sudu teh kapur makan
- 1/2 cawan santan pekat
- Air 1 liter setengah
- Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya)
- Secubit garam

Cara membuatnya:
- Campur dan gaulkan kesemua bahan di atas.
- Masukkan dalam kuali atau periuk.
- Guna api perlahan. Kacau sehingga likat dan pekat.
- Angkat dan masukkan ke dalam bekas loyang dengan disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.
- Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
- Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 
- Siap untuk dihidang. 
Sebenarnya pembuatan lebih kurang seperti membuat kuih kasui sahaja. Cuma kali ini ianya berwarna hitam.

No comments:

Post a Comment