Friday 1 June 2018

SUKAR MENDAPATKAN DURIAN BELANDA


Sekarang sukar mendapat durian belanda. Bekalan durian belanda tidak mampu memenuhi permintaan. Harga durian belanda meningkat tinggi. Orang sanggup membeli durian belanda biarpun harga mahal. Permintaan terhadap durian belanda amat hebat.


Fenomina ini disebabkan khasiat durian belanda yang hebat untuk merawat barah. Manfaat dan faedah yang ditemui dalam durian belanda menjadikan buah durian belanda amat berharga untuk tujuan kesihatan. Kebaikan khasiat durian belanda terbukti hebat.

Masa kecil dahulu, aku memang selalu makan durian belanda. Aku kerap berpeluang makan durian belanda kerana jiran aku ada dua tiga pokok durian belanda di tepi rumahnya.

Pokok itu selalu berbuah, tetapi keluarganya tidak minat buah durian belanda. Jadi, akulah selalu mengambilnya, daripada masak ranum dan gugur tanpa dimakan.

Itu kisah 35 tahun lalu. Kini, aku jarang dapat makan durian belanda lagi walaupun di rumah ibu aku ada pohon durian belanda. Sebabnya, pokok itu jarang berbuah. Keduanya, kalau ada berbuah, tidak sempat masak. Ada saja orang atau jiran yang berminat. Untuk tidak mengecewakan permintaan orang, diberikan sekadar yang ada. 

Menariknya, jika tidak dapat buah, mereka akan minta untuk memetik daunnya. Daun durian belanda boleh dirubus untuk diminum airnya bagi tujuan perubatan. Ada juga yang mengeringkannya dan dibuat teh daun durian belanda.

Fenomina ini satu yang pelik juga. Dulu buah durian belanda macam tiada harga. Tetapi, kini daunpun sudah ada nilai. Orang ghairah dan berahi kepada durian belanda. Benih durian belanda dicari merata untuk ditanam di laman rumah.   

Fenomina ini berpunca heboh diperkatakan mengenai khasiat durian belanda. Paling besar khasiatnya ialah untuk melawan kanser.

Apa tidaknya, memang orang akan berlumba-lumba mendapatnya jika ada yang mengatakan khasiat buah durian belanda ini 10,000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Biar betul?

Durian belanda atau atau Soursop, dari keluarga Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib. Itu hasil kajian di negara maju.

Durian belanda buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.

Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang  kurang baik.

No comments:

Post a Comment