Thursday 15 February 2018

Mood kaum Cina Sambut Tahun Baharu


Mood masyarakat Cina kelihatan baik sempena Tahun Baru Cina 2018.  Tahun ini mengikut kalendar masyarakat Cina dikenali tahun anjing yang bermula 16 Febuari 2018 hingga 04 Febuari 2019.  

Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini lebih menceriakan dan memberi keyakinan kepada rakyat kerana pertumbuhan ekonomi semakin kukuh.

Ekonomi negara semakin kukuh dan berkembang dengan baik seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Malah, dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan sebanyak 6.9 peratus diikuti Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang juga bertambah.

Ini semua akan memberi pendapatan kepada rakyat baik kepada golongan peniaga mahupun penjawat awam kerana dapat menikmati keuntungan hasil daripada dividen yang diperolehi. 

Tahun Anjing merupakan tahun yang menuntut setiap individu untuk fokus pada apa yang dikerjakan dan lebih yakin pada keupayaan diri.  
Mereka yang optimis akan mampu mengatasi segala macam cabaran.

Justeru, itu kedatangan Tahun Baru Cina diharapkan dapat menjana motivasi untuk setiap orang berusaha lebih gigih mendepani cabaran ekonomi dan mengambil kesempatan dengan perubahan positif ini.

No comments:

Post a Comment