Ajaran Islam amat
mementingkan soal berkaitan ilmu. Perlaksanaan hukum agama itu sendiri
berteraskan kepada ilmu. Tanpa ilmu berkaitan ketuhanan, fardu ain, fardu
kifayah dan sebabainya, seorang penganut agama Islam tidak dapat berfungsi
sebagai seorang muslim yang sempurna.
Secara tuntasnya, tahap penghayatan terhadap ajaran Islam mempunyai kaitan dengan sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang berkaitan dengannya.
Sebab itu, selain proses keislaman melalui
pengucapan kalimah syahadah, maka ia perlu diteruskan dengan proses mendalami
ilmu Islam. Justerus, pendakwah dan ilmuan Islam yang datang ke alam Melayu pada
masa awal penyebaran Islam turut mengadakan kelas-kelas agama kepada penduduk
tempatan yang telah menganut agama Islam.
Kelas yang diadakan bukan saja memberi
pengetahuan mengenai Islam, tetapi juga menjadi kaedah untuk terus mendampingi
dan memberi keyakinan kepada orang yang baharu menganut Islam tentang cara
hidup Islam. Cara itu juga dapat menarik lebih banyak orang berminat menganut
Islam setelah melihat hasil positif kehidupan orang Islam.
Kaedah penyebaran ilmu Islam berlaku secara
formal dan tidak formal. Secara formal berlaku melalui institusi khusus yang
menjadi teras kepada proses penyebaran agama Islam. Antara institusi yang memainkan
peranan besar dalam penyebaran Islam di alam Melayu ialah institusi istana,
masjid, pondok, sekolah agama dan institusi pengajian tinggi.
Pendidikan formal ini berjaya melahirkan
banyak bijak pandai dalam bidang agama dan kemudiannya menjadi pengembang
kepada ajaran Islam seterusnya.
Mereka yang berpendidikan formal ini bukan belajar setakat di situ saja, bahkan menyambungkan pelajaran di tempat-tempat lain hingga ke luar negara, terutama di Arab Saudi dan Mesir.
Manakala pendidik tidak formal berlaku secara
hubungan sesama orang Islam yang sentiasa mengajar dan menceritakan sesuatu
berkaitan ilmu Islam Ia berlaku di mana-mana saja, termasuk di
pasar, tempat tempat orang ramai, hubungan persaudaraan dan sebagainya.
Pendidik tidak formal berlaku secara
berterusan melalui pemerhatian, mendengar, pengalaman dan sebagainya. Apa yang
baru diketahui atau dilakukan adalah ilmu baru yang diperoleh. Ia memberi
manfaat untuk masa depan mengikut keperluan yang berkaitan.
Contohnya ilmu berkaitan tanda akan turun hujan.
Kita mungkin tidak mengetahui tanda-tanda akan berlaku hujan. Tetapi
berdasarkan pengalaman atau maklumat mengenai keadaan mendung yang kemudiannya
turun hujan, kita dapat tahu jika keadaan sama berlaku, iaitu mendung, itu
tanda hari akan hujan.
Itu dinamakan mendapat ilmu secara pemerhatian dan pengalaman. Ilmu itu tentu sekali memberi manfaat untuk pada masa hadapan.
Secara tuntasnya, tahap penghayatan terhadap ajaran Islam mempunyai kaitan dengan sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang berkaitan dengannya.
Mereka yang berpendidikan formal ini bukan belajar setakat di situ saja, bahkan menyambungkan pelajaran di tempat-tempat lain hingga ke luar negara, terutama di Arab Saudi dan Mesir.
No comments:
Post a Comment