Garis sempadan antarabangsa yang kini
terpakai di antara Malaysia dan Thailand telah "dilukis" oleh pihak Siam dan
British menerusi Perjanjian British-Siam 1909. Garis sempadan itu dibuat tanpa
merujuk kepada sultan-sultan Melayu pada ketika itu.
Sungai Golok yang sekangkang kera itu telah
dijadikan sempadan negara di antara Malaya dan Siam, memisahkan masyarakat
Melayu di Kelantan dengan bekas rakan senegara mereka di Yala, Pattani dan
Narathiwat yang kini menjadi milik Thailand.
Garis sempadan antarabangsa yang merentasi Bukit
Puteh di Perlis memaksa masyarakat Melayu di wilayah Satun untuk tidak lagi
dianggap sebagai rakyat Kedah mahupun Perlis.
Sebagai contoh, Kampung Ko Puyu (Pulau Puyu)
dan Kampung Ko Yao (Pulau Panjang) didiami hampir seratus peratus masyarakat
Melayu.
Perkampungan ini hanya terletak kurang dari 20 kilometer dari Kuala Perlis dan berjarak lebih dekat dengan tanah besar Semenanjung Malaysia berbanding Pulau Langkawi.
Perkampungan ini hanya terletak kurang dari 20 kilometer dari Kuala Perlis dan berjarak lebih dekat dengan tanah besar Semenanjung Malaysia berbanding Pulau Langkawi.
Masyarakat di sini bertutur dalam loghat
Kedah tetapi garis sempadan yang dilukis secara sesuka hati oleh British dan
Siam ini telah menyaksikan orang-orang Melayu di sini tercerai daripada
saudara-saudara mereka di Kedah dan Perlis.
Sejauh manakah perjanjian ini sah? Undang-undang
antarabangsa mengesahkan hanya negara berdaulat berhak menandatangani
perjanjian antarabangsa.
Perjanjian British-Siam dimeterai di antara
Siam dan British pada tahun 1909 tanpa rela pemerintah kerajaan-kerajaan
Melayu.
Undang-undang antarabangsa ada menetapkan
bahawa sesebuah entiti politik itu boleh diiktiraf sebagai sebuah negara
apabila ia memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
Ini termasuk mempunyai wilayah yang berpenduduk, memiliki kerajaan yang berfungsi dan kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.
Ini termasuk mempunyai wilayah yang berpenduduk, memiliki kerajaan yang berfungsi dan kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.
Negeri-negeri di utara Semenanjung seperti
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sebenarnya tidak pernah dijajah Siam dan
Inggeris.
Jadi, bagaimana Siam dan Inggeris boleh
membuat Perjanjian Inggeris - Siam 1909 atau juga dikenali Perjanjian Bangkok
1909 menyebabkan negeri-negeri berkenaan diletakkan di bawah naungan Inggeris.
Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja
Siam di Bangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909.
Negeri berkenaan memang mengadakan hubungan
dengan Siam dan menghantar ufti atau bunga emas sebagai tanda 'damai' dan
mengakui kekuatan Siam. Ia tidak membawa maksud negeri itu dijajah Siam.
Memandangkan Kedah dan kerajaan-kerajaan
Melayu ini bukanlah jajahan atau negeri bawahan yang ditadbir secara langsung
oleh Siam atau British, kerajaan British dan Siam tidak berhak untuk melukis
garis sempadan antarabangsa seperti yang termaktub di dalam Perjanjian
British-Siam 1909 tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan
pemerintah-pemerintah Melayu yang mana wilayah kerajaan-kerajaan mereka
terkesan akibat syarat-syarat perjanjian ini.
Sebelum Perjanjian British-Siam 1909
dimeterai, kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu di utara Semenanjung Malaysia
ini melampaui sempadan moden Malaysia-Thailand yang membentang dari Kuala
Sungai Golok di Kelantan ke perbukitan Bukit Puteh di Perlis.
Kedah sebuah negeri berdaulat serta telahpun menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain seperti Siam dan kerajaan British.
Buktinya, pihak British membuat perjanjian dengan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan seterusnya Seberang Prai pada tahun 1798.
Jika Kedah adalah milik Siam, pihak Siam sudah pasti akan memaksa pegawai British untuk membuat perjanjian serahan ini (penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Prai) dengan mereka dan bukannya dengan Sultan Kedah.
Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Kelantan, Terengganu dan juga Perlis memenuhi syarat-syarat ini memandangkan kesemua kerajaan ini mempunyai kapasiti untuk menjalin hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.
Ini jelas terbukti daripada amalan turun-temurun pengiriman berbalas bunga emas dan hadiah yang berlangsung di antara kerajaan-kerajaan Melayu ini dengan Siam. Amalan itu tidak membawa kepada maksud Siam menjajah atau memiliki negeri-negeri Melayu.

Lagi pula, setelah tamat Perang Dunia Kedua,
kerajaan British telah menugaskan Sir Harold Mac Michael untuk mendapatkan
persetujuan sultan-sultan Melayu dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
untuk menyerahkan kedaulatan mereka bagi memudahkan pembentukan Malayan Union
pada tahun 1946.
Sekiranya sultan-sultan ini tidak berdaulat, kenapa perlu pihak British untuk mendapatkan persetujuan mereka?
Fakta-fakta ini membuktikan secara langsung dan tidak langsung bahawa kerajaan-kerajaan Melayu ini adalah kerajaan yang berdaulat.
Maxim perundangan 'nemo dat quod nan habet' ada menyebut bahawa ‘tiada siapa boleh memindahkan pemilikan lebih daripada apa yang dia miliki’.

Tindakan kerajaan British dan Siam yang
mengorbankan wilayah tradisi orang-orang Melayu bagi tujuan cita-cita
imperialistik mereka adalah suatu yang tidak patut berlaku kerana bukan hak
mereka.
Sama ada perjanjian ini adalah sah atau tidak
menurut undang-undang antarabangsa, kenyataannya adalah agak mustahil bagi
Malaysia untuk mempersoalkan keesahannya kerana perjanjian zaman penjajahan ini
telahpun diakui dan diguna pakai tanpa sebarang bantahan selama lebih daripada
100 tahun.
Orang Melayu patut mengambil iktibar daripada
kesan Perjanjian British-Siam 1909 ini sebagai suatu pengajaran. Dalam keadaan
lemah, akan ada pihak lain yang mengambil kesempatan untuk
membahagikan-bahagikan orang Melayu yang menyebabkan kesan lebih lemah.
Dalam situasi politik negara sekarang, Melayu
boleh dilemahkan melalui persempadanan kawasan pilihan raya. Jangan pendang
mudah perkara ini.
No comments:
Post a Comment