Di segi
undang-undang, janji dipanggil kontrak yang menghendaki pihak terbabit
mematuhinya. Ikatan kontrak dilakukan
secara bertulis dan menepati syarat tertentu.
Jika tidak dipatuhi kontrak, hal itu boleh dibawa ke mahkamah untuk
diadili dan ditentukan hak pihak-pihak mengikat kontrak.
Janji
yang biasa tidak ditepati ialah berkaitan hutang. Tidak menunaikan janji berkaitan hutang
melibatkan dua kesalahan. Pertamanya
tidak tunai janji dan keduanya tidak menjelaskan hutang.
Oleh
itu urusan hutang mesti ditulis dengan jelas.
Rekod itu untuk dijadikan bukti dalam urusan pembayaran hutang oleh
siberhutang sendiri, atau jika dia meninggal sebelum sempat menjelaskan hutang
itu, adalah menjadi tanggungjawab waris menjelaskan hutang menggunakan harta
pusaka yang ditinggalkan.
Firman
Allah bermaksud: “Wahi orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga tempoh sesuatu masa tertentu,
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa membayarnya) itu. Dan hendaklah seorang penulis antara kamu
menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seorang penulis enggan menulis
sebagaimana Allah telah mengajarkannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 282).
Biarpun
janji mesti ditepati, tetapi tidak berdosa jika gagal disebabkan
perkara-perkara tidak dapat dielakkan atau diduga akan berlaku. Maksudnya, ketika berjanji memang ikhlas
ingin ditepati. Bahkan, usaha untuk
menunaikan janji tidak dilakukan, tetapi tidak terdaya seperti dijanjikan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Apabila seseorang berjanji dengan saudaranya dan dia
berniat akan menepati janji itu, tetapi dia tidak memperolehi jalan untuk
menepatinya, maka tidaklah dia berdosa.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Sesiapa
gagal menepati janji sesudah berusaha, tidak boleh lepas tangan begitu
sahaja. Sebaiknya hubungilah pihak kedua
untuk memaklumkan mengenainya. Berikan
penjelasan secara jujur mengapa janji itu tidak dapat ditepati. Jika perlu, buatlah satu janji baru bagi
menggantikan janji asal.
Cara
demikian dapat mengelak salah faham pihak kedua. Pihak kedua pastinya dapat menerima alasan
yang diberikan jika pihak pertama benar-benar ikhlas. Hubungan sesama Muslim perlu dijaga agar
tidak berlaku perkara yang boleh menyebabkan ia retak dan putus.
Amalan
patut dilakukan ketika berjanji ialah menggunakan perkataan ‘insya-Allah’. Maksud perkataan insya-Allah ialah ‘dengan
izin Allah’, yakni segala apa yang akan berlaku hanya berjaya jika diizinkan
Allah.
Namun,
perkataan insya-Allah tidak boleh dipermain-mainkan untuk memperdayakan orang
lain agar mempercayai janji yang dibuat.
Allah mengetahui apa tersimpan dalam hati setiap orang.
Firman
Allah bermaksud: “Apakah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu tidak
mengetahui (segala-galanya perkara yang kamu zahirkan dan rahsiakan?), dan Dia
Maha Halus (urusan pentdbiran-Nya), lagi Maha (mendalam) pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Mulk, ayat 14).
No comments:
Post a Comment