Golongan yang mempunyai
keinginan seks di luar tabii sekarang bergabung untuk mendapat pengiktirafan
bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak menyalahai tabii manusia dan juga
undang-undang.
Maksud seks di lur tabii
ialah hubungan seks yang berlainan dengan apa yang umum dimaksud hubungan seks
iaitu melibatkan lelaki dengan perempuan.
Terdapat empat kelompok
kumpulan yang melakukan seks di lur tabii. Pertamanya golongan lesbian ialah perempuan yang mempunyai kecederungan
terhadap perempuan. Manakala gay pula
lelaki yang memilih berpasangan dengan lelaki. Kedua-dua golongan ini tidak menunjukkan perubahan dari segi identiti
sama ada secara penampilan berpakaian atau fizikal.
Golongan ketiga dikenali
biseksual iaitu individu yang mempunyai kedua-dua naluri seks. Jika dia lelaki, dia berminat menjalin
hubungan dengan perempuan dan pada masa
sama turut berlagak seperti gay. Manakala perempuan pula, dia bersedia menerima hubungan seks dengan
lelaki, tetapi pada masa sama turut berminat terhadap perempuan.
Manakala kelompok keempat
pula ialah dipanggil transgender iaitu individu yang mempunyai naluri berlainan
dengan identiti sebenar mereka. Contohnya lelaki yang berminat membuat penampilan sebagai perempuan. Perwatakan dan penampilan diri mereka seperti
perempuan dan dalam hal hubungan seks juga mereka cenderung memainkan peranan
sebagai perempuan kepada pasangan lelaki.
Begitu juga dengan
perempuan yang mempunyai naluri lelaki yang mana akan berlagak seperti dirinya
adalah lelaki. Segala tindakan dan
'pengenalan' diri mereka adalah sebagai seorang lelaki termasuk menggunakan
nama yang menunjukkan dirinya sebagai lelaki.
Mereka yang mengamalkan
seks songsang ini biarpun berbeza kecederungan atau amalan, tetapi telah
bersatu dalam satu 'entiti' bertujuan untuk memperjuangan agar apa yang
dilakukan itu diterima sebagai satu hak kebebesan manusia menentukan apa yang
ingin dilakukan. Konsep suka sama suka
dan tidak menceroboh hak individu lain dijadikan asas perjuangan untuk
menghalalkan tindakan mereka.
Dalam konsep negara
berteraskan undang-undang, mereka memperjuangkan agar apa yang dilakukan itu
tidak dianggap menyalahi undang-undang dan apa-apa hubungan yang dilakukan
dianggap sah seperti pasangan normal.
Contohnya, golongan ini
memperjuangan agar 'perkahwinan' mereka diterima sebagai satu perkahwinan
mengikut undang-undang dan segala urusan yang berkaitan dengannya adalah sama
keadaannya dengan perkahwinan pasangan normal.
Perjuangan golongan ini
sudah berjaya di negara-negara Barat. Amalan seks songsang itu tidak lagi dianggap satu perbuatan salah dari
segi undang-undang dan paling memualkan apabila perkahwinan melibatkan jantina
yang sama telah diiktiraf sebagai sama taraf dengan perkahwinan pasangan
normal.
Umat Islam yang menolak
hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan
kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan
jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.
Tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang
waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah.
Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang
keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam. Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama
ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan
kembali mengucap dua kalimah syahadah.
Amat dukacita apabila ada percubaan beberapa
pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan
menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan
jenayah.
Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan
sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu
jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.
Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu
turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam
Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan
meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara
seiring dengan undang-undang antarabangsa.
No comments:
Post a Comment