Kes penipuan skim
pelaburan semakin membimbangkan. Bilangan individu menjadi mangsa amat
mengejutkan. Jumlah kerugian ditanggung pelabur juga amat besar.
Statistik dikeluarkan
oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman satu angka mengejutkan banyak
pihak.
Dalam tempoh empat
tahun, seramai 1.7 juta mangsa sindiket pelaburan dilaporkan dengan anggaran
kerugian RM4.9 bilion.
Angka itu berdasarkan
kes dilaporkan kepada pihak polis. Berapa ramai lagi yang berdiam diri biarpun
sedar telah menjadi mangsa penipuan.
Biarpun berita kes
penipuan pelaburan kerap dipaparkan akhbar, masyarakat masih terpedaya. Mangsanya
bukan bukan orang sebarangan. Ada golongan profesional dan cerdikwan dalam
bidang kerjaya masing-masing, namun 'bodoh' mudah tertipu.
Ramai terpengaruh mengeluarkan
duit simpanan, melabur dalam skim pelaburan apabila dijanjikan pulangan menarik
pada masa singkat.
Budaya pelaburan tidak
sihat ini perlu ditangani segera kerana memberi kesan negatif terhadap
kedudukan kewangan isi rumah dan boleh merosakkan institusi keluarga serta
masyarakat.
Bankrap, keruntuhan
rumah tangga dan pergaduhan antara keluarga, kesan sering berlaku apabila
hutang ditanggung isi rumah melebihi had kemampuan akibat terbabit dengan skim
pelaburan palsu.
Semua itu berpunca
daripada sikap individu yang kurang cakna terhadap risiko sebelum melabur.
Modus oprandi penipuan
pelaburan biasanya berasaskan ciri-ciri priamid. Pengendali mendakwa melabur
wang dalam pelbagai institusi pelaburan menguntungkan.
Sebenarnya, pelaburan
dibuat itu hanya untuk mengabuli mata bakal pelabur yang akan lebur. Wang dari
pelabur seterusnya digunakan untuk membayar 'untung' kepada pelabur lama.
Disebabkan mendapat
untung besar seperti dijanjikan, pelabur akan melabur kembali keuntungan itu. Malah
akan mencari sumber lain untuk dilaburkan untuk mendapat keuntungan lebih
besar.
Mereka turut mengajak
ahli keluarga dan sahabat dengan menunjukkan bukti keuntungan yang telah
diperoleh.
Objektif utama pelaburan
adalah untuk mendapatkan keuntungan. Malang sekali mereka menjadi mangsa penipuan.
Memang, pelaburan tidak
semestinya menghasilkan untung setiap masa. Tetapi menjadi mangsa pelaburan yang
menjanjkan pulangan besar adalah tindakan yang sepatutnya boleh dielak.
Jika individu ditawarkan
pelaburan dengan janji pulangan menguntungkan berkali ganda pada masa singkat, itulah
ciri-ciri penipuan pelaburan.
No comments:
Post a Comment