Monday 3 July 2023

BAIK BURUK KEJATUHAN NILAI RINGGIT

 
Kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia menyebabkan nilai barangan yang dieksport ke luar negara menjadi semakin berkurang kerana nilai ringgit mengalami penyusutan.
 
Kos mengeksport yang semakin naik akan menyebabkan syarikat dan peniaga perlu menanggung kos yang tinggi.
 
Ini amat merugikan negara dan peniaga dalam jangka masa panjang dan kejatuhan ringgit juga memberi kesan buruk kepada pasaran saham Malaysia.
 
Ini kerana kejatuhan nilai ringgit akan memberi krisis keyakinan pelabur kepada Malaysia yang akhirnya membuatkan pasaran saham mengalami kemerosotan.
 
Kemerosotan keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia perlu ditangani segera kerana ia memberi implikasi kepada pasaran.
 
Sementara itu, antara kebaikan penurunan nilai ringgit, ia menjadikan jumlah eksport negara menjadi semakin meningkat dan banyak kerana permintaan terhadap barangan Malaysia lebih tinggi oleh sebab nilai barangan menjadi murah berbanding barangan negara lain.
 
Justeru, peniaga dan syarikat yang menjalankan urus niaga sehingga ke peringkat eksport barangan mereka akan mendapat manfaat atas kenaikan permintaan produk mereka.
 
Ini sedikit sebanyak akan memacu permintaan ringgit dan selain itu kejatuhan nilai ringgit menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi utama pilihan pelancong kerana di bumi bertuah Malaysia.

No comments:

Post a Comment