Friday 14 July 2023

Dalil PAS boleh bekerjasama dengan Gerakan

 
Pemimpin PAS bertindak berdasarkan dalil. Apa sahaja perkara yang dilakukan berdasarkan kepada dalil dan hujah.
 
Ini salah satu contoh dalil.
 
Wujud perbezaan antara kerjasama Pas bersama Perikatan Nasional (PN) yang didominasi oleh kepimpinan Melayu Islam dengan kerjasama politik yang terjalin yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
 
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS-PN mengambil teladan Rasulullah SAW yang menyatukan kaum bangsa Arab yang Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem, bagi melaksanakan konsep adil kepada semua yang berprinsipkan aqidah beriman dan berakhlak.
 
Pun begitu kata Hadi, kerjasama Pakatan Harapan (PH) bersifat liberal dan pragmatik bersama Umno yang hanyut meninggalkan dasar perjuangannya sehingga berwala’ kepada DAP yang menjadi parti terbesar.
 
Menurutnya DAP, sebuah parti yang ekstrem bersama ideologinya iaitu sekularisme dan ‘Malaysian Malaysia’ yang terpisah daripada agama dan boleh menghapuskan kepimpinan Melayu Islam.
 
Itu dalil Hadi seperti disiarkan dalam Harakahdaily bertarikh 13 Jul 2023 untuk menghalalkan kerjasama Pas dengan Gerakan.
 
Dalil itu memang tidak pelik kerana memang pemimpin PAS sentiasa mencari dalil untuk mengatakan apa yang dilakukan parti itu adalah dibolehkan dan tindakan parti lain adalah salah.
 
Dahulu UMNO dituduh kafir kerana bekerjasama dengan pasti dikuasai Cina iaitu MCA dan Gerakan. Sekarang ini Gerakan sudah dianggap suci setelah bersama dengan PAS dalam gabungan Perikatan Nasional.
 
Apa sahaja yang dilakukan oleh Gerakan pada masa dahulu dan sekarang sudah disucikan seperti bayi baharu dilahirkan. Seperti mendapat taubat nasuha. Sejarah dahulu dilupakan. Beruntung mana-mana organisasi atau individu menyertai PAS akan dianggap paling suci dan bersih.
 
Justeru, sekarang ini tidak timbul lagi kisah Gerakan yang pernah mencabar kesahihan hudud Kelantan di mahkamah.  Gerakan cabar hudud

No comments:

Post a Comment